define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Pagi Hari di Durham

Bagaimana saya kekal comel dan muda remaja

1
Membaca ketika makan. Biasanya ketika makan tengah hari di rumah bonda, saya akan membaca komik-komik sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Komik-komik yang dibaca ialah Dik Cerdas, Detektif Conan dan Dr Slump.

2
Masih lagi bersemangat menonton Sentai series yakni Power Rangers Jepun. Lagu-lagu tema untuk siri-siri tersebut juga biasanya dihafal walaupun bukan secara keseluruhan. Kemudiannya bolehlah menyanyi bersama anak-anak menakan sambil harmoni.

3
Apabila ke kedai runcit, saya akan membeli cekedi-cekedi yang selalu dibeli tika kanak-kanak dulu. Cekedis seperti Mamie Monsters dan keropok yang seperti Ring Ring yang pernuh salutan merah MSG itu menjadi kegemaran saya.

4
Di kala anak menakan menonton Dora The Explorer, saya turut juga menonton walaupun berpura-pura berbaringan di kusyen. Selalunya saya akan jadi budak nakal kerana bila Dora memberikan arahan seperti. “Kawan-kawan, sebut pull.” Saya akan kata “push!”, ataupun bila Dora tanya soalan yang begitu obvious seperti, “kawan-kawan, apakah warna beg itu?” sambil beg berwarna merah dipaparkan, saya akan jerit “biru!”

5
Apabila saya terasa hendak main game DS pada tika anak menakan sedang main, saya akan gunakan kuasa veto dan merampas game tersebut daripada tangan mereka. Huahuahua.

Begitulah cara saya kekal comel dan muda remaja :D


Pelan Minggu Ini

Adapun kehidupan di Malaysia ini sangatlah bersenang-lenang. Makanan yang sedap mengakibatkan rasa malas hendak buat benda lain. Sekadar mahu ke gym, makan dan tidur. Maka berikut ialah pelan untuk minggu ini yang entahkan tercapai atau tidak.

1 Generate noise from inverse Fourier transform
Ini study related. Lembab sikit buat sebab nak adapt to the setting that I’m working on

2 Siapkan skrip muzikal
Nak buat training untuk muzikal untuk bebudak crew hari Sabtu ni. Skrip tak siap lagi.

3 Siapkan composition lagu itu
Nak buat cover lagu. So nak siapkan composition yang dibuat guna FLStudio. Tak release video baru pun sejak balik. Maybe sebab fangirls tidak peduli, jadi tak rasa sangat nak buat [Sila beri sokongan]

4 Sambung BKT
Berapa lama dah ni????

Oooh, that’s all for now kot… hm..


The Crew

Ini recap bagi aktiviti kat sekolah kak aku weekend yang lepas. 35 orang join, dah aku buat 5 tasks.  4 kali boardroom ala-ala The Apprentice. Misalnya, satu tast tu diorang kena buat presentation. Ada 4 kumpulan. Dua kumpulan yang kalah, masuk boardroom.

Beberapa highlights.

Second boardroom, ada sorang budak ni dah masuk boardroom untuk kali kedua. Sambil duduk-duduk, dia kata, ‘hm.. ni habislah kena buang la ni dah kali kedua dah masuk’.

Lepas aku dah eliminate 3 orang waktu tu, aku bagi dia warning. Aku cakap begini. ‘Kamu, I don’t wanna see your negativity here. Kamu nak stay ke nak go?’

Dia kata nak stay. ‘Kalau nak stay, positif sikit. Sekali lagi saya dengar kamu cakap macam tadi, saya buang kamu terus!’

Garang okay. Well, Jue… boleh sahkan kot? Haha. In the end, rupanya dia aku pilih, sebab aku dah tak sedar yang mana satu yang cakap macam tu tadi. Okay la tu… Kira attitude dah ubah la.

Pastu sebelum final performance, aku bagi warning kat sorang budak ni yang dah pernah join aktiviti yang aku buat pada tahun-tahun sebelum.

‘You,’ sambil point pada dia, ‘you need to improve. You’ve done this before and you keep playing it safe. I wanna see you play a different role in the next task. Bukan lagi watak-watak kesian,’ sebab kitorang ada task drama, so dia selalu amik watak-watak yang kesian. So, aku nak dia go out of the box sikit.

It was fun! Seriously. Cruel, brutal but fun. First time aku buat macam tu sebab banyak orang yang berminat nak jadi crew untuk the main event yang for now, scheduled after raya, depending on when I’m gonna be called back to the UK.

In the end of the day, aku pilih 18 orang. Ni, weekend ni cadangnya nak buat satu projek muzikal yang takde kaitan pun dengan pemilihan ni, tapi just for fun, plus hopefully I can nurture and improve their English. Okay kot eh?

Hah, Jue, meh la tengok ~~


Marilyn Monroe

Lirik lagu ni dibuat berdasarkan quote dari Marily Monroe yang berbunyi “I’m selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can’t handle me at my worst, then you sure as hell don’t deserve me at my best.”

Harus menyanyikan lagu ni pada orang-orang yang nak ajak bersembang di kala aku sedang cranky di kala lapar.

Anyway… Congrats kepada Mahadi kerana dah pass viva PhD dia. So, sudah boleh dipanggil Dr lah. Woohooo.

 

Semalam aku buat program yang aku cakap tu – kat sekolah kak aku. Banyak gak turn up. 35 orang kesemuanya. Buat macam The Apprentice punya style. Bagi diorang 4-5 task berbeza, pastu team yang kalah kena masuk boardroom. Kak aku dan Naim, former student Labu Besar jadi wingman. Pastu lagi alumni, Logesh dengan Saru join jugak jadi wingman.

 

Serious susah nak fire sorang-sorang, so sepanjang program tu aku elakkan dari hang out dengan peserta dan bersembang-sembang sebab taknak nanti ada favourite pulak. Susah la kan.

Anyway, at the end of the day, aku pilih  18 orang untuk join the main event yang tentu lagi tarikhnya. Dok tunggu jugak diorang ni panggil viva, senang aku nak set date semua. Mahadi dah viva dan pass dah weh! Aku lewat seminggu ja submit banding dia.. tarikh pun tak dapat lagi. Well.. macam tu PhD nih.

 

Anyway…


Drive By

KENAPA TIDAK PROPOSE?????????

Aku menjerit dalam hati.

First of all. Mengembed video Vimeo sebab Youtube kena block kat USM. Katanya pada weekend sahaja Youtube boleh dilayari. Kira okay lah jugak kan. So next time kalau nak release video, kena release time weekend supaya student USM boleh tengok. Noted.

Aku baru tengok ja video ni, lagu ni dah dengar banyak kali dah kat radio. Macam tengok romance comedy movie in 5 minutes. Tapi geram sebab ending dia tidak propose.

Cit, typical sangat mentality kan? Padahal kekonon nak go against the stereotype. Oh, memula nak tulis perkataan ‘norm’ tapi tersedar yang salah. Not going against norm, just going against stereotypes. Norms is culture, value in a society. Stereotypes is expectation that exist through cultural standard – such as kalau dah kerja kat unibersiti tu, muka pun cemcomel, takkan taknak menikah lagi. Begitulah.

Anyway [terus menukar topik atas],

supervisor aku kat UK berpuas hati akan planning research yang terkini. Ya lah, dah mula kerja sini, kenalah produce paper. I hated it. Tapi dek kerana sekarang tidak ada pressure untuk hantar sebagai thesis, dan dengar-dengar kata, ahem, ada imbuhan kalau dapat publish dalam journal, maka demi menunaikan impian untuk berbagpacking di Eropah lagi, jadi, bolehlah jadikan sebagai pendorong untuk publish paper.

Weekend ini plan awalnya nak gi buat aktiviti kat sekolah kak aku. Tajuk aktivitinya agak keji, which is ‘The Crew’ ataupun tajuk panjangnya ‘(Amri’s looking for) The Crew’.

Ah taklah, bukan untuk aktiviti Youtube. Tapi sebab later, aku nak buat aktiviti macam English Camp, so nak select among Form 6 students nih, sapa yang boleh jadi crew and participants. Nak buat ala-ala The Apprentice lebih kurang. Petang ni, aku gi rumah kak aku untuk perbincangan lanjut.

Anyway…. time to get back to work.


Automatic

Melawat blog ini untuk menghilangkan Monday blues?

Memula lagu Nicki Minaj yang agak rancak – Automatic

Keke. Disebabkan weekend lepak kat rumah parents aku, jadi tidaklah ada modal-modal untuk meng-over. Sekadar sopan-sopan sahaja.

Mahadi, kakak kafe Bakti sudah tidak ada di sana. Agaknya sudah berpindah kerana kecewa bila kita meninggalkannya? Rasa nasi goreng pun tidak sama. Sudah tokey lain. Tapi, rega masih boleh diterima. Dalam RM3 sahaja. Sekarang ni kalau makan kot lerah Penang, rega standard ialah RM5. Di saat itu, convertlah ke duit pound sterling. Baru satu pound. So taklah rasa mahal kan?

Hari tu aku jalan-jalan pusing USM. Terkejut bila banguna tersergam indah tetiba ada dekat belakang library. Rupanya library no 3. Kata budak debat, library tu takde buku, setakat untuk pelajar pergi study. Yang aku terkejut sebab terasa macam tetiba saja ada. Ya lah, walaupun aku selalu gak gi USM waktu balik cuti dari Durham dulu, tapi tak lah jalan kot area tu.

“Korang sekarang senang, ada laptop, ada wireless. Time-time saya dulu, sorang ja ada laptop,” tiba-tiba aku tarik ayat tu dengan bebudak debat, dan terus terasa tua sekejap. Tapi dek kerana aku cool dan comel, jadi senanglah nak mesra dengan bebudak debat. Azimah, budak debat batch sekarang ni, selamba ja minta tolong aku bawa dia dan Nana gi airport. Terus diorang kena belanja aku sebagai balasan.

Oh, aku dok bercadang untuk ke Debat Alam Sekitar dekat UM, 29 haribulan nih. Tak tahu akan stay sampai bila, tapi boleh lah gi cari rerakan kat KL (Naz, I’m looking at you!)

Anyway… entri kali ini tidak berapa gedik. Harap anda tidak kecewa.

Till then.. ciao

 


Diskaun

Bawa bekal lagi hari ni. Hehe. Lagipun dah ada baki lebih sikit nasi goreng, bawak jer lah. Mujur sekarang ini sudah pergi ke gym. Masihlah gagah walaupun membawa bekal. Cer dulu, dah la tak bersukan, balik kampung selalu, mak tolong basuh baju, dan bawa bekal = jatuh saham.

Entri ini masih lagi berbaur over ya rakan-rakan. Rasa kepala otak lapang sikit kot kat Malaysia ni, plus dihidangkan makanan-makanan yang sedap setiap hari, jadi banyak sikit modal untuk merapu.

Ala… korang, ala-ala tersipu membaca, padahal layan jugak kan.

Anyway…

Ini Kak Mariani post kat wall FB dia. Curik masuk sini.

 

Menyeru para lelaki untuk meminta diskaun seperti berikut jika mempunyai kelayakan

UPSR & PMR : 0%
SPM : 10%
STPM & DIPLOMA: 30%
IJAZAH: 40%
IJAZAH SARJANA: 50%
IJAZAH KEDOKTORAN: 80%

Dengan itu, sila doakan aku lulus viva akan datang, supaya kalau kahwin dengan perempuan ijazah, hanya perlu bayar hantaran dalam RM2000 sahaja.

Boleh?