Aku sedang berbaring di atas katil. Penat dan pening sedikit. Lagi enam jam mahu berbuka.
Teringat pada tika itu, waktu tengah hari. Abang aku turut di ruang tamu tengah. Dia mahu tolong register kan nama blog baru di solarstreak.com
Jadi aku mula mencari nama. Kerna yang sebelum itu aku ubah jadi Si Tenggang’s Homecoming dan yang sebelum itu pula ialah Jurnal dari Pinggir London, tika aku buat Master di Brunel.
Dan akhirnya aku pilih nama ini. Nama blog ini yang kamu masuk tiap berapa hari sekali, atau entah berapa kali sehari.
Pagi Hari di Durham
Dan pagi tadi, di Durham, atas kurnia Illahi, viva telah aku jalani dan Alhamdulillah, lulus.
Maka.. begitulah. Secara tak rasminya, pengajian PhD aku pun telah berakhir di sini.
Pagi Hari di Durham?
Ya, aku namakan blog ini nama itu kerna Pagi Hari Durham itu, initialnya ialah PHD

tahniah amri!
So finally..Congratulation Dr. Amri !!
*dah boleh fikir untuk nama blog yang baru
hey, dr. Amri. a bunches of congratulations!!
Thanks Nadia, tulip & bubble-gummy. Appreciate it