define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); What if - Pagi Hari di Durham

What if

Malam ini sunyi berbanding biasa. Sempat pergi gym. Sempat buat nasi goreng, dan makan sambil tengok final 2 episodes of Gokaiger. Selalu sedih bila season abis. Well, tak jugak. Go-onger punya season, aku tak peduli pun. Season-season yang best macam Gokaiger, yang tu hampir sebak bila final episode. Keke, sebak okeh. Bukan drama korea pun.

Tapi semalam sempat tunjuk video aku pada Florian dan Saurabh. Saurabh rupanya ada buat mix music. Tunes? Aku pun tak tahu nak describe macam mana. Ni dia punya Youtube channel. So, cadangnya weekend ni hendak pergi rumah dia sambil cuba work on a music? Sempat lagi kan di saat-saat akhir ni.

Dia cakap.. ruginya sebab bila dah nak balik baru discover. Sebabnya dia boleh buat music, aku boleh buat lirik/nyanyi.

But well, the way I see it… just enjoy time while you can. That’s life. Friends come and go. You lose some, you’ll get new bunch.

On a different note, what if flowers of love have just blossoms while autumn is approaching?

Oops.

Keke.

30 days challenge

Berjaya menamatkan cabaran 30 hari. Tak nak buat dah sebab sangat penat untuk update blog tetiap hari. Ditambah dengan paksaan untuk duduk bagi mencari idea. Cuba lihat Halim, dah 2-3 hari tak update 30 days challenge. Keke.

Komen

Adalah aku upload beberapa keping gambar dari dance dalam Facebook (kalau korang kawan aku, tapi takleh tengok tu, sebab aku limitkan pada orang-orang tertentu dan korang tak termasuk la tu <– kejam tak ayat?). Adalah sekeping dua keping gambar budak-budak perempuan UK yang biasa saja, takda pun aksi-aksi yang melampau pun. Aku dok risau nanti ada yang saja tinggal komen-komen berbaur spekulasi atau buat bunyi-bunyi yang tidak best pada ruangan komen seperti ‘hmmm…’ atau ‘wah’ atau ‘ooooo’, itu sebab aku limitkan orang yang boleh tengok.

Sekali, kawan aku yang dimasukkan dalam list boleh tengok gambar itu telah pun membuat komen begitu. Haruslah dia diberi amaran oleh aku.

Ceritanya beginilah.

Katakanlah aku tidak rapat dengan orang di dalam gambar, tidakkah seperti creepy bunyinya itu?

Katakanlah pula aku rapat, tapi tidak ada apa-apa hubungan yang diharapkan oleh orang meninggalkan komen, tidakkah nanti akan meninggalkan kesan ‘akward’ antara aku dengan orang di dalam gambar.

Katakanlah pula aku ini playboy yang sedang dalam usaha untuk mengayat orang-orang di dalam gambar, tidakkah komen tersebut akan menjatuhkan saham aku?

Okeh, jelas? Maka takyahlah buat spekulasi di bawah gambar (tambah lagi yang ditag). Sila buat spekulasi bersama rakan-rakan sepenggosipan anda di kedai-kedai kopi yang berhampiran :P

Anyway…


2 Responses to “What if”

  1. ACCUSE ME?? KU BARU BALIK DARI JAGA MENTERI BRUNEI OCCAY!! LAPTOP TAK BAWA MAKA TIADANYA INTERNET ACCESS SECARA PRIVATE OCCAY!

    HUH!!

  2. WaReMoN says:

    wah (saja bakar :D)

Leave a Reply

See also: