define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); TV - Pagi Hari di Durham

TV

I do watch a lot of tv. Selalunya time makan.

My choice of show – selalunya realiti-tv. Even Fear Factor pun aku tengok time makan. Tapi selalunya sempat habis makan sebelum masuk 2nd stunt yang makan pelik-pelik tu. Episod 4 hari tu, dia punya stunt, kena pindahkan ular guna mulut dari satu tong besar yang ada berpuluh-puluh ular ke tong lagi satu. Aku geli ular. Tapi berjaya juga tengok episod tu, which is such a success for me.

Sebenarnya waktu kecik pun takut anjing. Kalau nampak anjing ja, terus muka aku pucat. Sangat tak suka sebab abah selalu perbaik kereta kat kedai kat Bidor dan ada anjing kat situ. Aku nak tunggu ja dalam kereta tapi sebab tak boleh duduk dalam kereta waktu kereta tengah servis kan.

Tapi once aku pergi Sibu waktu darjah 6, tengok anjing kiri kanan bila keluar dari rumah, jadi tidaklah takut sudah pada anjing. Agaknya bila ada banyak pada masa yang sama, bila once in a while tengok. Dah tak takut.

Oh, aku suka bulldog. Aku rasa bulldog itu cam comel. Motip kan? Highland cow, bulldog. Semua haiwan-haiwan yang tak tipikal untuk orang-orang kita suka. But who says I’m typical  (keke).

Biggest Loser. Tengoklah Biggest Loser weh. Terutamanya pada orang-orang yang bercadang nak lose some weight. Sebab benda ni ada 2 faktor. Selain daripada jaga makan, juga exercise. Dan jaga makan tu pun bukan setakat tak makan; kena tengok calorie intake juga.

Aku harus bersyukur sebab aku punya genetik jenis kurus dan masyarakat secara amnya suka orang kurus berbanding orang berisi. Well, I love highland cow. So, taste aku mungkin sedikit berbeza (motip!)

Tapi kalau betul-betul nak jaga pemakanan yang sihat, kena try belajar kira kalori. Semalam baru aku perasan, satu camca besar mayonaise tu dah sampai 100kcal. Iaitu 5% daripada saranan calorie intake untuk sehari. Bayangkan pula kalau makan burger sekali, bubuh sampai 2 sudu besar mayonaise. Dah 10% dah. Daging lagi. Ini itu, seharian dah boleh exceed 2000kcal (iaitu saranan pengambilan seharian, tertakluk perubahan pada jantina).

Tambah lagi dalam budaya kita, makanan pula berminyak, jenis goreng, lagi tinggi kalorinya.

Dan perasan tak yang carta larian yang aku pos hari tu, yang lari dalam 20minit lebih, naik bukit lagi, dan termengah-mengah sudah; tu baru bakar 297 calorie. Makan Maggie sebungkus, tak kenyang pun, dah 300 calorie lebih.

Wah, tetiba entri ini menjadi kepada tips kesihatan.

Anyway…

Sekarang ni aku punya jadual harian berubah 360 darjah. Aku tidur sekarang dalam pukul 6 malam (masuk subuh pukul 4 petang, so 6 dah masuk Isyak dah), lepas tu bangun dalam 3 atau 4 pagi. Which is rather good. Sebabnya aku memang nampak matahari sepanjang hari.

Ni nak tunggu Subuh, japgi 6.3o lebih boleh pergi gym, kemudian Tesco. Meeting semalam postpone hari ni la pulak pukul 11.


4 Responses to “TV”

  1. Dini says:

    Err subuh pukul 4 petang? magrib la bro amri, silap taip tuh, hehe :P

  2. Amri says:

    Eh, salah taip pulak :P Maghrib lah tu…

  3. Arabella says:

    jeles dengan genetik yg badan kurus..

    saya suka makan..dan sbb sarapan lambat pagi tadi, saya menghabiskan mi goreng mamak dan mi rojak yg kwn saya tak habiskan..berapa ratus ribu kalori la tu..*sigh*

  4. (iaitu saranan pengambilan seharian, tertakluk pada perubahan jantina).

    SENTAP JAP.

    rupa2nya salah baca.

Leave a Reply

See also: