define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); The One That Got Away - Pagi Hari di Durham

The One That Got Away

Sila tekan play sambil-sambil baca entri ini.

Lapar. Tapi biasanya time lapar ialah time yang best untuk menulis. Bila perut kenyang, rasa malas nak buat apa pun.

Tadi pergi gym. Lari. Dah lama tak lari. Sedap juga lari kali ni. 4km dalam 30 minit. Well, boleh laa.. Aku jarang lari. Sebab berlari ni burn kalori. Aku taknak kuruskan badan. Selalunya pergi untuk weight sahaja. Terasa gian balik mahu join 10k. Best pula terfikir 10k hari tu waktu di Leeds. Lari ramai-ramai dalam rerintik hujan.

Bersyukur sebab sejak semalam, suhu dalam lebih kurang 10 darjah celcius. Weekend hari tu dah cecah negatif. Yang aku rakam video tu, dah negatif dah tu. Kalau tak silap negatif lima malam tuh. Siang pulak 0 darjah. Tapi demi nak rakam video kan, semangat. Tu sebab kalau korang perasan, boleh nampak asap keluar dari mulut. Dan seriously, mana ada orang pakai seluar 3 suku time-time macam ni. Oh, orang lelaki takdelah. Tapi perempuan-perempuan kat sini biasa ja pakai short skirt bila keluar malam. Motip betul pakai pendek-pendek time sejuk-sejuk macam ni.

Ramai pula orang kat town hari ni walaupun Khamis malam Jumaat. Maybe sebab dah cuti? Ah, baru teringat lupa masukkan butter yang beli tadi dalam fridge!! Aiseh. Tadi aku dah pergi Tesco dah beli barang-barang makanan. Maybe boleh tahan 2-3 hari. Esok beli sikit lagi. Sebabnya, kedai biasanya katup dari 25hb sampai 27hb. So, dalam 3 hari juga tu. Memang kena siapkan makanan. Oh, esok kena call kedai Fafalel, tanya diorang tutup ke tak. Bagus juga kalau ada fastfood buka kalau-kalau nak tapau balik rumah.

Oh oh. Sharelah video Moves Like Jagger tu di FB.

Walaupun sekarang ni dah masuk second wave. Biasanya first wave ni, orang-orang yang follow aku kat Youtube, so komennya okay-okay sahaja. Kemudian friends of follower pun tengok, dan biasalah, ada ja yang mulut-mulut over sikit bila komen.

Anyway…

Dah tengok video kat atas?


Leave a Reply

See also: