define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Moves Like What? - Pagi Hari di Durham

Moves Like What?

Gatal pulak hari tu pergi advertise kat FB page yang tengah translate Moves Like Jagger. Kan dah kena commit. Kalau tak, dah tentu dah skip dah projek ni.

Semalam lepas buat 2nd draft untuk lagu tu, rasa sangat tak puas hati. Perdengarkan kat Hafidz pun dia tak suka. Tak puas hati sebab suara tak bersemangat. Tapi dek kerana sudah advertise, maka pulun sekali lagi hari ni. 3rd draft. Boleh laa..

Yang pastinya, kebusyan dengan hal-hal study juga melambatkan proses nak bersantai-santai buat video Youtube. Berikut ialah sasaran untuk proses penulisan.

Draft of chapter 6 will be emailed to the supervisor by 15 December.

Draft of Chapter 3 will be emailed to the supervisor by 22 December.

Drafts of Chapters 1 and 8 will be emailed to the supervisor by 05 January.

Maka, dengan mengikut pelan di atas, sepatutnya kot lerah 5 Januari tu sudah ada first draft untuk tesis. Optimistik!!

Yang tak bestnya ialah mula rasa tidak sedap badan kembali. Cam mild fever pulak. Aku time-time winter nih memang senang jatuh sakit. Tadi jumpa Iskandar, dia cakap dia pun sakit tekak. So, maksudnya maybe ada wave demam lah kot kat Durham. Badan aku sedikit koman.

Tapi tadi gatal juga pergi audition untuk muzikal. Sebenarnya bajet tak dapat pun. Ini kali kelima aku pergi audition muzikal. Sekali pun tak kena panggil call back. Well, normal people would give up already. But not me. One thing that I should give credit to myself is that I rarely give up even if I fail. Well, taklah kepada perihal study. Perihal yang lain-lain.

Misalnya, time-time debat dulu, aku memang agak hampeh. Tapi pulun jugak lepas banyak kali kena reject. Samalah dengan pertandingan-pertandingan kat sekolah dulu. Dari Tingkatan 1 aku masuk poetry recital BI, tak pernah menang. Tetiba masuk waktu Form 5, baru dapat nombor 2 peringkat daerah.

Itu sebab kengkadang aku confused jugak bila aku jumpa adik-adik sekolah menengah nih. Baru cuba masuk pertandingan satu dua kali, dah give up.

Maka pada adik-adik yang dikasihi (sila jerit balas I Love You Amri, oops), cubalah walaupun direject berulang kali. Kalau dapat, bersyukurlah. Kalau tak dapat, boleh dijadikan modal bercerita. Plus, mana ntah aku baca, bad experience creates good story. Barulah cerita kehidupan seperti drama swasta. Keke.


2 Responses to “Moves Like What?”

  1. kak dijah pengomen ke 100 says:

    Peeeewwwwitttt!!!! We love you Amri!! Sambil goyang-goyangkan lighstick di udara!

  2. KU BARU KAROK LAGU MOVES LIKE JAGGER TADI KOT!! SILA KASI KU PART CHRISTINA!!

Leave a Reply

See also: