define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Sparks - Pagi Hari di Durham

Sparks

Hari ini sedikit chaotic.

Dapat mesej dari Sparks – provider elektrik, yang cakap aku tak bayar lagi bil hari itu. Cerita Sparks ini sejak dari tahun lepas lagi. Geram sebab diorang punya customer service ~ sudah lah lembab dahulu. Ini ~ bil terakhir aku dengan syarikat dia, aku dah bayar 16 April hari tu; tapi masih lagi dapat mesej cakap tak berbayar. Aku berang lah (oooh, guna perkataan ‘berang’) sebab diorang siap ugut kata kalau aku tak bayar lagi 5 hari, akan dihantar maklumat aku pada agen mengutip hutang; yang mana agen itu akan caj 15% dan apa yang akan berlaku ialah credit check aku nanti akan tainted.

Meeting pukul 3. Pukul 4 abis.

Pastu supervisor nak jumpa lagi pukul 5.30.

So, aku lari balik jap ke rumah; makan. Dan telefon syarikat Sparks ini. Yang geramnya, nak dekat 10 minit kena tunggu, baru dapat cakap dengan pegawai bertugas.

Rasa macam nak jerkah sebab geram dengan servis diorang yang tak efisyen, tapi dengar suara pegawai tu bertanya dengan baik; aku rasa tak wajar pulak nak marah. The thing is, diorang ni tak efisyen sebab diorang minimize cost; jadi pegawai pun tak banyak. Maka bukanlah salah pegawai yang jawab telefon; programmer dan orang atasan yang salah sebenarnya.

Anyway. Settle jugak akhirnya.

Tapi serius, aku siap bawa chopping block dengan bawang, tomato dan cili ke meja depan tepi telefon sebab taknak buang masa tercangok kat depan telefon. Satgi nak pi jumpa supervisor pulak nih!

Habis jumpa supervisor, aku pergi rumah Paul, mamat postgrad yang aku kenal waktu Open Mic tuh, waktu aku nyanyi lagu Jerman tuh. Diorang buat BBQ, tapi aku taklah makan, walaupun bawak daging sendiri. Campur-campur kan. Cuma bersosial jer lah. Which is quite nice.

One thing I should say, kalau korang di England; dan hendak berkawan-kawan dengan orang-orang luar; pergilah berkawan dengan international student ataupun European student. Diorang sangat friendly. Kalau mat saleh England ni kekwat sikit. Well, I may be wrong. So don’t take my words fully.

However, aku dengar Scottish agak friendly. So pergilah belajar kat Scotland. Tapi sejuk laa sikit. Tapi dok sana kulit boleh la cerah banyak sikit (motip!).

Balik dari BBQ, Hafidz tanya,

“Ramai juga orang?” <– ini adalah soalan.

“Ramai jugak, tapi nak dekat semua Jerman”

“Kampung mu ah itu”

SENTAP!

Kampung kampung pun, baru tahu tadi yang Berlin tu ibu negara Jerman. Aku ingatkan Munich.


2 Responses to “Sparks”

  1. khalidah says:

    agak setuju dgn statement pasai lelaki English… :) dan Scottish..lelaki Europe juga agak baik (ehem)..jangan minta penjelasan lanjut..:D

  2. Amalina says:

    yea berlin capital.
    kekwat tu apa? what is cake?ahahah

Leave a Reply

See also: