define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Semangat - Pagi Hari di Durham

Semangat

Sekali sekala perlu juga bercerita tentang study di sini. Manalah tahu ada mana-mana pihak yang mengintai blog ini untuk melihat perkembangan study, haruslah tak jumpa [Ini namanya paranoid, referring to myself]. Tapi kalau mencari-cari video baru aku, memang boleh jumpa kat blog ni.

Anyway.

Sedang berdebar-debar sedikit sebab baru dapat komentar tentang paper yang aku hantar akhir tahun lepas. Ini paper post-conference,maksudnya lepas dah pergi konferens, present, pastu baru hantar paper.

Sekarang ni statusnya conditional, which is nak kena tambah dua benda yang reviewer minta, and then supposely boleh dipublish, InsyaAllah. At least methodology diterima, kira okaylah. Ah, time-time ni lah pulak supervisor balik kampung.

Oh, ini paper yang kat konferens kat Avignon, France bulan tujuh tahun lepas. Memang yang ni kategori lambat proses, tak macam konferens lain yang within 6 months from submission, dah boleh publish.

Sepatutnya awal bulan 3 dah dapat komentar. Kawan aku Ying yang pergi sekali tu dah dapat dah hari tu dan dah submit dah minggu lepas dia punya correction. Cuak gak aku sebab tak dapat apa-apa respon.

Anyhow, kena print ini dan tampal kat dinding sebagai ayat motivasi.

Dua ayat dari reviewer yang membuatkan hati berbunga-bunga:-

The novelty of this paper is that it uses ********* as a measure of the reliability of the overall estimate. [suka perkataan novelty]

The paper does introduce potentially interesting ideas from statistics in the field of geometry processing, which is probably its main merit.

Satu ~ di ***** kan sebab zaman sekarang ni, kita kena hati-hati bila masukkan idea yang belum dipublish. Takut orang amik.

Dua ~ hati juga boleh berbunga-bunga bila dipuji reviewer.


One Response to “Semangat”

  1. mahir says:

    oooooooooooo. berkobar2 gak nak tahu ******* tu

Leave a Reply

See also: