define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Segan - Pagi Hari di Durham

Segan

Subuh masuk awal sekarang ni. 2.43 pagi dah masuk.

Matahari terbit 5.43 pagi.

Niat di hati mahu berjogging sekejap lagi. Tengoklah motivasi diri macam mana.

Niat di hati juga mahu goreng ayam. Yang tu rasanya lebih bermotivasi. Kenapa bila perut demand, selalu mahu buat tapi bila naluri su-chi ini mahu berlari; mula rasa segan tu muncul?

Teringat memori lama (gituh).

Aku dengan kawan aku ni bergaduh perkataan ‘segan’.

Aku cakap yang aku segan nak pergi ke suatu tempat ini.

Dia kata, nak malu apa?

Aku cakap, bukan malu, malas.

So, kitorang berdebat sekejap maksud perkataan segan tu sampai dia pergi check kat Kamus Dewan. Aku takde Kamus Dewan, so aku tak dapat check.

Dari sini, segan didefinisikan sebagai

segan I

1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; segan-segan malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita; menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kpd, memalui, menghormati serta menakuti: ia sangat disegani oleh teman-temannya; pahlawan perang dan anggota dewan per-wakilan rakyat yg disegani; segan-menyegani saling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dgn lain); menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan: kalau begitu apalagi yg kakak segankan; keseganan 1. yg disegani (ditakutkan, di-malukan): tetapi ada anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan (malu, takut, malas, dll), keengganan, ke-malasan; penyegan orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu: dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~.

segan II

1. sj burung, a) burung malas, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Caprimulgus macrurus; 2. sj burung, burung cucur, Batrachostomus auritus.

So, aku menanglah (itulah konklusinya kaan)

Tambahan lagi definisi ‘tidak suka, tidak mahu, enggan, malas’ tu pulak dalam definisi 1. Definisi malu tu dalam nombor 2. Hehe.

But anyhow, kalau definisi malu tu dalam nombor 1, tentu aku akan cakap; yang dalam kes perbualan, konteks pemahaman sesuatu perkataan tentulah perlu dirujuk kepada yang individu yang bercakap, dan bukannya orang yang mendengar; ini bertujuan untuk memastikan perbualan itu efektif dan mencapai maksud sebenar (sila roll eyes).

Sambung lagi; ya, lah kalau tidak, boleh saja mahu dirujuk pada burung malas, Caprimulgus indicus itu.

Segan ah hari ini.. a.k.a Caprimulgus indicus ah hari ini…

Boleh?

Nota: this is a bit of debating thingy. Kalau tak berapa faham, just know that in that argument, I WIN. Cool?

Oh, dah masuk Subuh.

Nak masak lepas Subuh.


6 Responses to “Segan”

  1. fairealistic says:

    haha… Mse stdy kt kdah p0n dbate psl segan dgn org2 utare.. Dpt kwn pntai tmur, ade misundrstnding psl ‘saing’..haha.. Me:g surau t saing ea? Kwn:ish,xnk la..
    Me:huh?j0m la.. Kwn:xnk.kn pkai bju kurung..me:saing mksud 2gther2 laa.. Kwn:oh!haha.ingt ajak lumba..

  2. Amri says:

    Wah, kalau tak pakai baju kurung, akan berlumba kah??
    Hehe

  3. jue says:

    skrg p sama ja….jue slalu dok berdebat pasal SEGAN nie….

  4. fairealsitic says:

    haha…xtau lg..xkot..kwn tu ayu,,xde nye nk lari2.. n 1 more,,’saing’ same mksud ngn kawan.. so,,bleh wat ayt~~xdenye nak saing(lumba) dgn saing(kawan) sendiri time nak g surau..^_^

  5. Jayim says:

    betul lah! situasi yang sama. saing dan segan. dan siapalah agaknya yang selalu tak faham tu kan? (-__-”)

  6. fairealsitic says:

    ~jayim…bukn xfhm tp mayb salah fhm..hihi

Leave a Reply

See also: