define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); E.T. - Pagi Hari di Durham

E.T.

Tengah suka lagu E.T. sekarang nih.

Anyway…

Tadi tuan rumah datang untuk sign perjanjian baru. Kali ni boh nama Hafidz. Hari tu amik rumah ni dari agen. Biasalah ~ kalau amik dari agen, memang kena caj. Yang agensi ni pulak siap nak kena bayar extra untuk credit check.

Lepas itu, hari itu, untuk sambung kontrak, diorang nak caj 240 pounds (kalau tak silap) untuk credit check semula aku dan Hafidz sebab nama nak tukar nama Hafidz. Aku tanya, apsal aku kena credit check sekali lagi, dia cakap sebab kontrak baru. Padahal, kalau aku sambung ja kontrak lama tak boh nama Hafidz, hanya bayar 70 pounds dan tak perlu pulak nak credit check.

So they think they are brilliant enough to con me to get me money for nothing; I got me way to not paying atol! So aku telefon landlord, memaksimakan nada simpati tapi tidak pathetic untuk mengadu yang agensi caj lebih lebih. Dan landlord pun setuju untuk sign kontrak tak melalui agen. Padan muka agensi. 70 pounds pun tak dapat dari aku untuk pembaharuan kontrak.

Anyway, landlord pun datanglah tadi dan bawa surat perjanjian baru. Yang specialnya ialah landlord aku ni kahwin dengan Chinese Malaysian, so dia agak fond over orang-orang Malaysia nih. Sempat lah bersembang-sembang walaupun tadi first time dia jumpa aku. Uh, aku memang agak ramah rupanya (baru perasan). Well, actually it isn’t necessarily true. Kalau tetiba terkena dengan orang yang sama kepala, memang ramah. Kalau tidak, aku berpura-pura ramah sajalah.

Ni baru lepas hang out dengan Pierre, kawan Perancis aku. Kitorang tengok movie British yang bertajuk Kes. Cerita fasal budak kecik dengan burung helang. Best gak.

Pierre bagitau, dia masukkan lagu Cinta dalam ipod/mp3 player dia. He went like, ‘so I heard that part ‘cinta.. cinta”. Ahhh (sejak hari ni mahu eja aah which is equivalent to aww), harus terasa sedikit best sebab orang French appreciate the song.

Oh, by saying that, memang ada couple of orang-orang Perancis yang like kat FB aku. Hm… boleh masuk market Perancis nih (konfiden!)

Oh, ini kreativiti baru Youtuber yang aku tak pernah tengok lagi konsep sebegini. Dia buat lagu/lirik lain base on mulut penyanyi tu.

So here we go ~ Gang Fight by Rebecca Black!


2 Responses to “E.T.”

  1. WaReMoN says:

    sebenarnya ni lagu apa? lawak gile :D

  2. Amri says:

    Ini asalnya lagu Friday. Tapi dia ubah lirik tapi still kekalkan mulut

Leave a Reply

See also: