define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Masih aku halang peluru - Pagi Hari di Durham

Masih aku halang peluru

Grenade Malay Version dah siap!

Jangan lupa share kat FB eh? Thanks

Maka ceritanya bermula bila aku tengok American Idol Hollywood yang group round. Pastu kan ke ada peserta dia nyanyi lagu Grenade. So, terus terasa macam best pula mahu translate.

So translatelah.

Sempat aku berdiskusi dengan Mahir dan Amalina fasal chorus

I’d catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya
I’d jump in front of a train for ya
You know I’d do anything for ya

Agak susah juga mahu translate rangkap ini sebab grenade = bom tangan; tidaklah sedap sangat untuk disebut. Kemudian masuk pula ayat-ayat jiwang lain fasal pisau dan lompat depan kereta api. Maka seperti mana cadangan Mahir awal-awal; aku pun terfikir juga untuk guna terma biasa seperti ‘berenang lautan api’. Cuma yang tak lainnya aku rasa rangkap asal ini ialah kerana dia gunakan perlambangan yang biasanya tidak digunakan dalam lagu lain – seperti ‘catch a star for you’ atau ‘go anywhere for you’. Jadi, oleh kerana hendak kekalkan sedikit style lirik asal iaitu perlambangan kejiwangan sebegitu – itulah sebabnya aku buat ‘akan aku halang peluru, menahan pedang yang memburu, bertahan ribut yang berderu’. Hope it works.

Video ~ tu rakam waktu nak pergi Stansted itu hari. Memula dah rakam dah dalam bilik. Tapi lens yang aku guna tu ~ dia fokus dekat. So dek kerana ruangan bilik tu kecik, jadi tak dapat nak rakam dari jauh. So bila aku edit, rasa macam … uh, tak best. So oleh kerana nak turun Stansted dengan Mahadi, telah paksa Mahadi untuk jadi cameraman dan extra. So sudah buat plan untuk include Mahadi sebagai rakan luahan perasaan dalam kereta. Sebenarnya ada part Mahadi yang macam melayan jiwang sambil aku menyanyi. Tapi bila tengok balik, macam ala-ala menyanyi pada Mahadi pulak kalau boh scene tuh ~ so CUT.

Intro ~ saja buat Bahasa Kedah. Ala-ala mark orang Kedah jugakkan. BTW, aku kena komen yang cakap aku tak berbunyi Kedah hari tu. Er.. kalau tak melepak dengan orang Kedah, memang la tak bunyi Kedah. Kalau nyanyi, terover pulak sampai ‘t’ pun bunyi ala-ala pelat orang Melayu yang pan-dai see-kit see-kit ba-ha-sa me-lay-yu. Sentap dengan diri sendiri.

Anyway…

What do you think of the video??


5 Responses to “Masih aku halang peluru”

  1. WaReMoN says:

    heheh, lirik mantap dah tu, tp muzik mcm x cukup kuat.

  2. zeah says:

    i like it!!!….. kuatkan sikit je musiknya…. hehehe… oohh ko buatlah satu video clip tuk aku…. hahahaha….. as a wedding gift for me…. haahahaha…. :P

  3. Nisa says:

    pembetulan di situ… its not bahasa Kedah.. dialek Kedah

  4. Amri says:

    Muzik perlahan ek? Either aku punya earphone memang dia kuatkan bunyi latar ataupun memang pun muzik tu sendiri perlahan. Anyway, nanti versi MP3 aku kuatkanlah bunyinya.

  5. Arabella says:

    yup versi group american idol tu memang best..especially bila part sorang pompuan tu nyanyi tak ingat lak nama dia..

Leave a Reply

See also: