define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Dundee mari - Pagi Hari di Durham

Dundee mari

Mahadi akan sampai sini hari ni. Sebab malam ni kitorang akan turun Stansted untuk jemput kak dan abang ipar Elly yang sampai. So, aku dan Mahadi akan drive turun ke Stansted :)

Would be fun, I hope; walau aku bajet Mahadi akan tertidur dalam kereta waktu aku drive nanti. Tapi okay ja. Sebab aku dah biasa berjaga malam, nanti on the way balik, biar dia drive pula sebab waktu siang waktu aku tidur.

Uh, semalam aku edit video log yang post sebelum nih. I look at myself ~ and I was like ~ I AM ANNOYING. So, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada rerakan rapat yang mampu hang out dengan aku dan tak rasa nak blah pergi sebab ~ ergh, I probably ditch myself already after seeing me. Well, I am a bit annoying then, that’s a revelation.

We had a bit of guys weekend. Start dengan Sam datang main PS3 hari Jumaat, dan Iskandar tido sini. Pastu malam Jumaat tu aku suruh Iskandar masak nasik sendiri. Saja membuli sedikit. Well,hanging out with Hafidz and Iskandar does make me feel older. Bukan old. Just older.

Jumaat malam aku cerita pada Iskandar my infamous goreng ayam story ~ yang tak boh kunyit tu. And Iskandar was actually in the same boat way back when I didn’t know how to goreng ayam bubuh kunyit. Anyway. Dia tanya sini nak cari mana. Aku cakap Tesco, sambil menunjukkan botol bertulis turmeric. So turmeric itu ialah kunyit. That’s not something bad lah, for not knowing.

Pastu Sabtu malam, Hafidz pula tanya soalan yang sama. I show turmeric bottle, and the reaction is kinda same with Iskandar. See, that’s why I feel older. Well, since at least 3 of us are people who do not know about goreng ayam kena pakai kunyit, tak dapatkah kita masukkan benda ni dalam silibus pelajaran. Learning shouldn’t be just about number and text aite. Lepas tu sampai overseas pakat-pakat tak tahu goreng ayam; that’s a bit embarassing yeah? Well, goreng ayam sambil menari di dapur juga is embarassing but that’s cari fasal sendiri.

Teaser: Grenade Malay Version dah siap! (kedengaran jeritan fangirls di ceruk alam) Well, not really. Baru dah nyanyi guna suara tak selsema. Dan pradengar pada Mahir and she’s okay with it (kedengaran nada jeles di ceruk alam). So, nenanti ujung minggu ni lah kot, baru release (kedengaran bunyi kecewa di ceruk alam).

Ciao.


3 Responses to “Dundee mari”

  1. blubell says:

    haha! woot! kemain ceruk alam ha.. ke nak kata merata alam? :P

  2. Amri says:

    ceruk alam dengar lagi best:P

  3. Dini says:

    ZOMG! tak sabar nak dgr lagu baru :))

Leave a Reply

See also: