define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Susah tak? - Pagi Hari di Durham

Susah tak?

[Amaran: Post kali ini punya perasaan yang bercampur baur, melankolik dan pengakuan ikhlas yang tidak dapat dipastikan respon pembaca. Sila baca dalam keadaan perut yang tidak lapar]

Sedikit lapar. Baru lepas subuh. Ini time yang terasa mahu menulis blog.

Hari ini lancar walaupun tidak sedap perut awal, dan mimpi yang dramatik. Dapat buat kerja, tenang, dan sempat berbual dengan ayah mak aku, kak dan abang ipar aku dan Kak Khalidah.

Kak dan abang ipar aku akan ke umrah esok. Semoga perjalanan mereka dipermudahkan dan selamat.

Kak Khalidah sudah menang bet siapa dapat masuk tv dulu. Cis cis. Bet tapi takde bertaruh duit pun. Kak Khalidah diinterview di OZ dan masuk tv minggu lepas.

Sori kalau entri kebelakangan ini sedikit melankolik. Tidak gedik-gedik seperti selalu (perlu ke menggedik?).

And suddenly someone asked me such an appropriate timing question just few minutes ago on Formspring. Haha, aku sudah enjoy menjawab soalan di Formspring. Agaknya unsur anonymity itu membuatkan aku rasa macam artis? Boleh gituh.

Soalannya

sukar tak jadi ‘ahmad lutfi amri’?”

Wah, again, siapalah yang sampai tahu nama penuh ni. Maka aku sekarang bersandar di kerusi, memikirkan jawapan bagi soalan ini.

Aku tidak tipu, pada saat ini aku rasa sangat tenang. Walaupun mata aku tiba-tiba berair entah kenapa. Oh, begini ceritanya. Tapi ini punya cerita, diharap yang membacanya berfikiran terbuka.

Aku jumpa kaunselor, bercakap tentang tekanan fasal study dan etc.

Cuba mencari punca kenapa aku terasa tertekan sehingga kadangkala aku hanya mampu duduk di depan komputer, namun tidak dapat buat kerja. Stress. Takut. Etc.

Salah satu soalan kaunselor kepada aku ialah ‘tell me about your family’. Lebih kurang begitu.

Aku beritahu yang aku datang dari famili yang baik dan penyayang. Good relationship with my sister and brother. Raised up in such a good surrounding. Well, that is one of the reason why I respect my friends more. Because some of them were raised from broken families and some are poor, but they managed to go through that and be successful.

Oh, enough about them. Let’s talk about me.

Aku beritahu yang aku selalu stress bila tiada hasil baik untuk ditunjukkan kepada supervisor. Aku mudah rasa marah bila orang mula sibuk-sibuk fasal hal peribadi (a.k.a tanya fasal kahwin) dan aku makin risau bila orang tanya bila hendak habis.

Aku beritahu kaunselor, biar pada saat aku hendak masuk ke biliknya, aku rasa takut dan risau. Risau kerana aku tidak punya minggu yang baik untuk diceritakan. Tiada hasil yang baik untuk ditunjukkan.

Tiba-tiba dia point out. I do not know how to put it in a word of what she’s saying.

But this is a new revelation for me.

Sepanjang aku membesar, aku telah mengajar diri sendiri yang aku tidak punya ruang untuk gagal. Dan mungkin itu yang membuatkan aku stress dalam banyak perkara. Mungkin juga ini salah orang. Mungkin juga salah sendiri.

Tapi aku mula sedar yang aku terasa terbeban dengan pengharapan yang diberikan oleh orang lain.

Amri hebat. Muda-muda sudah buat PhD. Aku masih belum punya PhD.

Amri hebat. Sudah belajar overseas. Sudah ada elaun sendiri. Kahwinlah. Elok kalau ada orang jaga makan minum. Mereka harap aku ini seimbang segalanya. Ini bukan soalan sudah jumpa atau tidak. Ini soalan kenapa aku tidak berjaya dan terus berjaya.

Mungkin  itu salah aku kerana paranoia. Mungkin jua bukan.

Itu kebenarannya.

Kalau ada sesiapa yang benar-benar mahu tahu, aku akan jawab:-

Jadilah siapa pun. Memang tidak mudah.

Jadi aku ~ boleh seronok-seronok buat video Youtube dan pusing-pusing dunia. Tapi kalau tidak mampu tidur kerana risau dan hendak pecah kepala, apa boleh buat? Kalau orang terasa yang kahwin ini semakin mudah bagi aku kerana saham semakin meninggi, apa boleh buat? Kalau orang terasa yang tidaklah sukar untuk siapkan study memandangkan track record aku baik sebelum ini, apa boleh buat? Yalah, kalau ada masa untuk mengedit video Youtube, nampak happy dan ceria, kenapa tidak berkongsi saat itu dan berkahwin, apa aku boleh buat?

Salah aku ialah kerana aku telah mengasuh persepsi diri yang aku tidak punya ruang untuk gagal. Salah aku kerana aku telah mengajar diri yang aku yang apa yang orang mahu, itu yang aku perlu capai. Maka bila kerja tersangkut, hasil tidak banyak, personal life tidak seperti diharapkan, aku jadi takut.

Itu yang mahu aku ubah. Itu yang aku sedang bertatih untuk orientasi semula pemikiran supaya aku tidak mudah tertekan.

Entahlah. Aku tidak tahu apa yang orang lain akan rasa bila membaca akan hal ini.

Entah mereka akan faham atau mereka akan kata yang aku tidak bersyukur.

Entahlah. Aku hanya mahu mereka itu tahu, bila harapan itu setinggi gunung; bila mereka mahu aku ini serba serbi berjaya; aku jadi takut. And it’s totally not good for me.

Well, aku sekadar biasa. Nasib baik tidak genius. Kalau tidak, mungkin mahu gila bila satu negara mengharapkan aku menjadi Einstein kedua.

Entah kenapa aku nekad untuk berkongsi di sini.

Mungkin untuk melerai persoalan. Mungkin juga untuk memberitahu berulang kali yang aku sekadar manusia biasa. Aku tahu aku mahu cuba yang terbaik. Namun aku tidak mahu mereka terlalu mengharap.

Mungkin itu sebabnya aku selesa bila bersama dengan rakan-rakan aku. Misalnya Abang Tra yang tahu aku tidak pandai mencongak biarpun aku punya BSc dan MSc dalam Matematik. Atau Mahadi yang tidak peduli bila aku mahu menikah walaupun dia sudah ada Elly.

Entahlah.

Entahlah.

Entahlah.

Mungkin aku perlu beruzlah. Asingkan diri daripada orang dan alam maya. Tunggu fangirls meroyan suruh buat video/sambung cerita/tulis blog dulu. Keke (Oh, itu bukan konsep beruzlah yer adik-adik).

P.S: Even if you read this story, please don’t go around and talk to me about it. But well, I would choose a high road and say that I’m uncomfortable talking about it anyway.


9 Responses to “Susah tak?”

  1. mahir says:

    alamak..
    mcm tersalah bg soalan je pula..huhu

  2. tra yang pandai congak, walau takda degree maths says:

    aku pos status ni kat fb aku.

    sila amalkan sikap pentingkan diri sendiri. apa yang orang lain fikir selalunya tidak penting. terima kasih.

    enough said!

    p/s: best tak nama aku tu. terasa macam putera-putera yang ada gelaran dan nama panjang-panjang. hahaha

  3. buDaK blur says:

    sOri tumpang lalU…

    huhu..abg jan biar kan perasaan takut n stress menyelebungi aBg.k ^^

  4. wife mahadi says:

    upi..kinda speechless reading your entry this time..take your time k..=)..i know u will fell better and better day to day..chayuk2!!

    both of us here wish you all da best k..even mahadi dh kawin pun, elly tahu upi dan mahadi mmg tidak dpt dipisahkan..ely xkisah pn kalau nak share ape2 kat mahadi..=)..

    enjoy your life Upi!!

  5. Mahadi says:

    best nama abg tra tuh

    Like

    he…..

  6. zeah says:

    aku rasa apa kau rasa…. been there done that… aku takut apa yg kau takut and aku pun tidak pernah memberikan ruang kepada kegagalan… tu yg aku pun jumpa counsellor masa aku kat uk dulu……. but now…. entah lah…. its just hard…. tajuk blog ko ni memang tak perlu dijawap… tapi aku nak jawap jugak…. it is so hard…. :D

  7. WaReMoN says:

    Uzlah tu mender? Ada mcm Usrah ke?

  8. ever says:

    and i thought i was reading my own diary…. ^^

  9. johnna says:

    nice + great content.
    terkesima kejap pagi2 ni.huhu.sy amik yg jernih.buat panduan :)

Leave a Reply

See also: