define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Ubah - Pagi Hari di Durham

Ubah

Aku web-check in Air Asia.

Kuala Lumpur ke Penang. Tetiba timing jadi lain. Bertolak 8.30 malam.

Eh.

Aku beli yang awal. Petang.

Terus aku call Service Center.

Dia cakap flight awal aku tuh cancel. Boleh?

Abis, aku mintak tukar ke time yang lebih awal.

Ada 3 lebih. Tapi sampai pun dalam 2 lebih. Dia cakap tak dan. Aku tau prosedur diorang tak kasi. Kalau tak sanggup jer aku berlari-lari macam Amazing Race.

So, dapat flight pukul 7 lebih. Sampai 8 lebih kat Penang. Apekah?

Terpaksa melepak 4 jam lebih di LCCT.

Adeh.

Kalau backpacking, tak lah bosan sangat sebab ada Rosmin dan Mahadi untuk bersembang-sembang.
Dan jugak untuk kill time kitorang main UNO.

Takpelah.

Lepak jer lah.

Sigh.

Dah telefon kak aku untuk rearrange diorang datang menjemput. Okey lah sampai pukul 8 lebih. Sempat diorang nak berbuka puasa kat mana-mana dulu properly.


4 Responses to “Ubah”

  1. ayam yg suka menyamar menjadi alien says:

    Safe trip, buddy! Moga dapat beraya sakan tahun ni… =)

  2. AirAsia memang suka retime masa perjalanan. Banyak kali dah kena. Kalau dok di Malaysia, biasanya akan dapat sms 2 minggu awal pasai retime jadual. Kalau dok UK, maybe sms AirAsia tak sampai la kot.

  3. SeMiN says:

    Salam Aidilfitri utk semua nanti…. c u in the next two weeks!

  4. alien mulut besar says:

    few entries in one day. NICE!

Leave a Reply

See also: