define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Tiga - Pagi Hari di Durham

Tiga

Hari Raya ketiga.

Malas nak update blog.

Maksudnya happy. Kalau update blog 2-3 kali sehari tuh, maksudnya sedikit jiwa kacau. Keke.

Bullet points!

Family

Beraya dengan keluarga dan rakan-rakan. Jumpa famili dan kurang dilontarkan soalan-soalan bonus. Walaupun sudah disiapkan jawapan backup. ‘Dah balik selalu sangat, habis duit kot situ la’.

Sempat menunjukkan demo lagu translation baru kepada anak sepupu aku. Dia suka. Okeh. So nanti bleh release bila balik Durham. Sapa suka Taylor Swift?

Friends

Jumpa banyak jugak kengkawan tahun ini. Sempat bertanya khabar dan berkongsi cerita.

Cerita Maharuddin (x-CS USM) yang dok mengajar kat Tenom sekarang nih. Cerita dia naik bukit dengan motor 2-3 jam dan sekolah yang ada dalam 30 orang pelajar. Fasal internet yang baru ada. Fasal eletrik solar yang habis dalam pukul 8 malam. I was awed. Perlu kurang merungut akan kesusahan diri.

Sempat ‘guys talk’ dengan kawan-kawan. Bercerita tentang penatnya orang yang berperangai seperti ini dan itu yang meminta-minta berlebihan (Kak Khalidah, you should know what I’m talking about). Berkongsi kesimpulan yang sama, ‘clash clash!’

Sempat berbual tentang sistem perbankan Islam dengan Muzaini dan Khairul. Rupanya Muzaini nih ex-student Kak Ros (Durham). Mendengar tentang konsep bainah dan ijarah. Bertanya tentang ini dan itu. Pastu aku ngantuk, so aku halau diorang balik.

Picture Time

raya09

Sebelum pergi solat raya. Aku dengan baju raya tahun-tahun lepas. Raya kedua aku pakai baju Superman. Anak menakan aku tanya, ‘Pak Tam tak pakai baju baru ka?’. Aku jawab, ‘Pak Tam dah selalu beli baju baru, so takyahlah baju baru waktu raya’. Ye tak?

sataySatay di rumah Pak Njang aku. Anak-anak kaku aku tengah khusyuk menjamah.

kakAnak-anak sepupu aku dengan kak aku. Izyan (kanan) ni lah yang suka lagu baru itu.

kawanDengan kengkawan Merbok kat rumah Wani.

Okeh. Cukuplah.

Selamat Hari Raya


14 Responses to “Tiga”

  1. alien mulut besar says:

    Kalau update blog 2-3 kali sehari tuh, maksudnya sedikit jiwa kacau. Keke.
    soooo trueeeeeeeeeeeeeee!!!
    kekekke

  2. khalidah says:

    eh eh..ada Anan..& Along…..Unique…dgn Lala?….tetiba terasa gedik skit bila teringat kat Lala… :-D

  3. Lutfi Amri says:

    Kak Khalid, nanti-nanti saya upload gambar diorang:)

  4. MAHADI says:

    wa…. membe2 merbok. dh mkin tua semua no…. ya la takkanla makain muda plak kan.

  5. epoy says:

    upi, these guys over here at besout were wondering bila ko nak datang sini beraya.

    Best regards,
    Long lost buddy – Epoy

  6. SeMiN says:

    Kalau tak update blog langsung…. apa plak maknanya??? ;-)
    eh syoknya raya!!!!…

  7. Lutfi Amri says:

    Epoy, selamat hari raya.
    Tak dapat nak travel jauh2. Cuti pendek sangat. insyaAllah, ada rezeki sampailah nanti.

  8. zeah says:

    Bila kau balik uk lutfi? Hehe.

    Wah blog malas sebab happy. Mesti dah kena pinang nie. So bila majlisnya? Jangan lupa jemput aku tau! Hehehe.
    ~ di renjis renjis di pilis~ hehe.

  9. Gambaq last, warna baju jadi tone color :D

  10. Lutfi Amri says:

    Zeah, aku balik hari Ahad.

    Belum lagi Zeah {kecewa}. Keke.

    Tona warna ~ ha ah, baru perasan

  11. iyllienaz says:

    selamat hari raya!!seronok la kali ni raya kat msia kan??

  12. chamy says:

    selamat hari raya!!!!!!!!! kenal web page ni dari pingu toha punye blog…hheheheheeh………..

  13. Lutfi Amri says:

    Sure la best raya:)

    Selamat Hari Raya iyllienaz dan chamy.

  14. chamy says:

    selamat hari raya..

    ada duet raye lebey, bak sini sket..

    hehe.. bila nak balik uk hah???

Leave a Reply

See also: