define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Selepas 36 jam - Pagi Hari di Durham

Selepas 36 jam

Sudah sampai di Durham. Alhamdulillah tiada sebarang masalah.

Sampai di Brackenbury, ternampak seorang student dan ibu bapa dia. Muka sedikit chinese/japanese. Ayahnya menegur ‘sawadikap’. Boleh sahaja aku balas, tapi tetiba terkeluar ‘hi… are you from Thailand?’

Dia ingat aku Thai. Aku menerangkan aku dari Malaysia. Wah, sudah ada muka Thai sehingga orang sendiri ingat aku Thailand. Keke. Maureen, housekeeper bangunan aku yang ada di situ menyangka aku sekeluarga dengan mereka. Sempat aku menyapa ala-ala friendly dengan bapanya. Bak kata orang, tawan dulu hati bakal mertua. Tak gitu Kak Dijah? (Sentap dengan diri sendiri sekejap).

Aku masuk ke dalam bangunan, Maureen cakap, ‘I’ll deal with you in couple of minutes’, sebab dia ingat aku student baru. Aku tunjukkan kunci, bagitau yang aku dah dok kat sini. Dia terlupa la tuh. Mana tidaknya, waktu dia datang mencuci kitchen, itu waktu tidur aku. Atau mungkin juga seperti Musyi, kawan Pidin semalam. Dia tengok gambar aku dalam foto keluarga aku (sebab aku gi cuci kat kedai), dia tunjuk gambar aku sambil kata, ‘ni adik ke?’. Wah, sangat sentap statement itu. Terpaksa dia cover dengan mengatakan aku dah berjambang sikit. Istilah dia ‘tak shave’lah. Ah, apa kaitan cerita ini? Oh.. kaitan dengan Maureen yang tak cam aku sebab aku berjambang? Ataupun selalunya Maureen nampak aku kusut masai sebab duk kat bilik kan.

Anyway..

Dah sampai bilik.

Akan mengemel supervisor untuk set up meeting. Pastu.. tengoklah, nak tido ke tak;)


3 Responses to “Selepas 36 jam”

  1. mushy says:

    facial hair can really make a vast difference in age…in pic with clean cut, u look 15.. with facial hair u look 30…hehehehe

  2. Lutfi Amri says:

    Sentap. Either too childish or too mature tuh.
    Anyway, thanks for lepak-lepaking yesterday

  3. alien mulut besar says:

    Am, tidak dibenarkan berjambang untuk penggambaran video klip kerana dikhuatiri akan menjejaskan rating di kemudian hari.Sekian dimaklumkan.

Leave a Reply

See also: