define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Sampai - Pagi Hari di Durham

Sampai

Alhamdulillah. Dah sampai rumah. Takde problem sepanjang perjalanan. Malah, lebih menarik pulak.

Stansted

Aku naik train dari Durham ke London Stansted. Sampai pukul 2 petang. Ada la 4 jam sebelum flight bertolak. Sempat pusing-pusing, check in suma, masuk tempat menunggu, aku ternampak mamat Melayu nih. Macam pernah kenal.

Terus aku tegur secara rambang, ‘Nih Keri ke?’. Betul. Keri nih kawan Kak Nur dan Mahadi. Tak pernah sekali pun aku bersembang dengan dia, tapi Mahadi pernah gi lepak waktu dia kat Essex, dan tunjuk gambar-gambar diorang. So, aku tercam lah.

Maka, adalah geng untuk bergossip bersembang sementara nak tunggu masuk boarding area. Keri nih kenal Mahadi macammana ntah, kenal Kak Nur sebab Kak Nur kat Essex kejap. Dan sekarang nih dia study kat Bristol, so dia kenal la kawan-kawan Abang Tra yang aku kenal jugak. Pusing sana pusing sini, bleh la kan terjumpak waktu nak balik Malaysia.

Nak tahu apa yang best?

Kitorang ada jam yang sama. Keke.

jam

Tali jam jer kaler lain. Mari meneka tangan aku sebelah mana.

Sampai LCCT, dah kepanasan, Keri pergi tukar baju.

super

Aiseh. Tema juga sama. (Nota: ini bukan perhimpunan peminat-peminat Faizal Tahir) :>

Pastu dia pun balik Alor Setar flight pukul 4 lebih. Aku plak menunggu sengsorang kat LCCT.

LCCT

Tapi tak lama. Duk beratur untuk check-in. Tetiba orang tegur, ‘Abang Am’. Eh, peminat dari Youtube kah? Aku terperasan sendiri (ini belajar dari Cik Pengurus, tak gitu Cik Pengurus?)

Rupa-rupanya Shima, aku punya junior Maths USM pun balik naik flight yang sama. So, taklah kebosanan menunggu lagi.

Okeh, dah pukul 2.42 pagi waktu Malaysia. Nak makan nasi. Tadi berbuka dengan burger McD sebab flight pukul 7.45.


6 Responses to “Sampai”

  1. SeMiN says:

    wahhhh hepi nyaa…. boleh rasa mode hepi dlm posting nie hehehe! eh thanks ekkk…krn tolong pass barang2 tu.

  2. Mahadi says:

    Weh, aku teka tangan hang yang lebih jambu tu. Hua…hua…hua…

  3. Lutfi Amri says:

    Rosmin, no probs.

    Mahadi, pengunaan term… yang kurang bululah.Keke

  4. zeah says:

    tangan on the left tangan ko lutfi. Nampak umpana tangan ‘ayam’. Hehe. Wah dah sampai kampong ko eh. So selamat berhari raya dan mungkin bershopping. Hehehe.

  5. Lutfi Amri says:

    Wah Zeah, sejak bila ko kategorikan aku sebagai ‘ayam’. Keke.

    Selamat Hari Raya

  6. zeah says:

    Heeyyyyyyy…. baca balik… aku cakap UMPAMA…. bukan kategorikan terus… heheehhe…. perasan nya kau… hahah..

    oppss.. selamat hari raya…

Leave a Reply

See also: