define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Erti - Pagi Hari di Durham

Erti

Busy dengan erti kata sebenar. Sampai komen-komen kawan-kawan tinggalkan dalam blog pun perlu dispend satu masa untuk jawab. Itu tidak termasuk lagi mesej-mesej ‘fanclub’ (keke) yang bertanya fasal mp3 ada ke tak, request lagu dan juga mengucapkan selamat hari lahir. Cik Pengurus pun busy, tak sempat bergosip fasal benda-benda nih.

Hari ini masih demam. Tapi sekarang cam dah okey kot.[Memegang dahi]. Oh tak, masih panas.

Tapi tadi meeting dengan sv aku pun dah 2 jam. Abis pukul 7. Mujur terkebetulan terjumpak Kak Zila yang menunggu Rosmin nak berbuka dengan kawan diorang. Sempatlah menumpang kereta balik.

Bak kata Rosmin, kalau kerja kat Malaysia, bolehlah mintak MC. Nih, dengan deadline ini dan itu, aku gagahkan diri gi meeting sebab tengah terstuck. Seperti biasa, sv aku berjaya menenangkan keadaan. Harap-harap dia tidak catch virus demam aku. Amalina dah demam sikit-sikit dah lepas gathering kitorang semalam.

Balik dari department, aku  berkenalan dengan anak dara jiran depan rumah. Flat aku nih blok orang-orang single. Tapi entah apsal tingkat atas sekali, dia tempatkan family. Last time ada family dari US. Ni pun rupanya family dari US jugak. Aku saja tanya, ‘do u guys had just moved?’ bila ternampak bebudak kecik lari masuk dalam lift dan kebetulan ada dia punya kakak angkat kat situ.

So, sempatlah aku bersembang sekejap dengan budak perempuan tuh, tengah buat A-Level kat sini, daripada Germany. Tetiba termode ramah, siap sampai bercakap fasal lagu ‘Ein Kompliment’ yang aku minat yang aku dengar kat Europe hari itu. Dalam hati kipas-kipas muka. Kalau dalam adengan movie, ini seperti flirting. Ish ish. Takpe, aku tak cakap ‘see you around’ mahupun ‘would you like to have a coffee sometimes’.

Pastu later, dia mintak tolong tengokkan komputer dia yang takleh connect internet. So, aku jumpaklah dengan host dad dia yang rasanya dalam 30an lebih jer, dari US yang buat PhD kat sini dalam archeology. Tetiba teringat Kam yang jugak buat arkeologi. Tetiba teringat candi lembah bujang. Tetiba teringat mandi sungat kat situ. Tetiba teringat gi lepak-lepak dengan kengkawan Merbok sambil masak-masak kat sungai tuh.

Anyway.

Tadi dah berjaya bagitau sv aku fasal nak balik 16hb nih. InsyaAllah sampai kat LCCT pada 17hb. Sampai petang, so takleh la nak layan makan apa-apa kat situ sebab puasa. Tapi nanti on the way nak balik ke sini boleh, sebab kena lepak 5-6 jam kat LCCT.


One Response to “Erti”

  1. SeMiN says:

    huhuhuhuhu….hope everybody…. Lutfi, Azila, Amalina…yg tgh kurang sihat tu cepat2 sembuh….

Leave a Reply

See also: