define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Beberapa jam sebelum - Pagi Hari di Durham

Beberapa jam sebelum

1.53 pagi.

Beg masih belum habis dipack. Seperti biasa, aku suka bertangguh pack beg. Saja.

Cikgu Noora merekemen aku dan Mahadi kepada anak-anak murid dia  untuk dijadikan inspirasi. Aku cakap segan. Kena keji dengan Mahadi dengan Emmy. Betul lah. Aku bukannya jenis segan sangat. Hantar kuih kat Kak Shifa hari tu. Mak Zariman (mak mentua Kak Shifa) amik kat pintu. Selamber jer aku tinggalkan pesanan, ‘mak cik, nanti tupperware nih nak balik’. Uh, aku memang bukan orang jenis penyegan.

Tapi segan. Sebab dek kerana kalau bebudak itu baca blog, diorang akan tengok betapa buruknya jadual tido aku (dan benda-benda lain jugak). Boleh dijadikan sebagai contoh? Er.. tidak.

Kepada student-student Cikgu Noora yang membaca, amik yang baik-baik jer yek. Yang buruk-buruk seperti mengeji Cik Pengurus dan Zeah, jangan ikut. Keke. Oh, ini juga ditujukan kepada adik-adik dari sekolah lain, termasuk student SMK Abdullah 2 yang mendownload video-video saya [P.S: Komen jujur itu sangat saya hargai]. Keke.

Anyway, setelah disclaimer di atas, mari sambung bercerita.

Ada sikit lagi kerja tak siap. Nak kena generate beberapa model untuk dimasukkan dalam paper yang sepatutnya disubmit sebelum 17hb nih. Duk bertangguh pulak. Tadi meeting pukul 6 petang. Dah masuk Maghrib, baru abis. Lewat sikit sampai kat rumah Abang Amir.

Supervisor aku selamber. Hari ni dia ada benda sampai pukul 5, tu sebab meeting pukul 6.

Dan dek kerana nak balik hari ni, taknaklah mengoverkan diri kata taknak. Kalau dia bleh flexible jumpa aku biasanya pukul 3 petang (sebab waktu pagi tido), aku pun kenalah lepak-lepak jugak.

Lega sebab kerja dah hampir siap. But yeh, kerisauan buat PhD nih sebabnya kita tak tahu kerja yang siap tuh dikira up to standard atau tak. Dengan submit konferens nih, bleh la sikit sebanyak bagi keyakinan pada diri yang I’m on the right track.

Aku bagitau supervisor aku, I’ll try to do something when I’m back home. Merujuk kepada study. Pastu aku terfikir yang hari raya di Malaysia sangat meriah. Mampukah untuk study? Aku menyambung, ‘but I’m totally not sure’. Dia selamber. Dia kata okey. Tunjuk sign yang dia tahu bila balik rumah, memang kerja kurang berjalan.

I’m hoping I can do something jugaklah.

So, lemme do my work and pack up.

If I don’t write anything more here before I leave, pray for my safe trip.


2 Responses to “Beberapa jam sebelum”

  1. zeah says:

    Aiks… mengeji aku?… bukan mengeji tapi mempersoalkan kebenaran… hahahahaha….

  2. Lutfi Amri says:

    Tuh definisi lain tuh..

Leave a Reply

See also: