define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Bagaimana ingin menjadi ….. yang berjaya - Pagi Hari di Durham

Bagaimana ingin menjadi ….. yang berjaya

[Ini entri mengarut. Sila jangan ambil serius. Sila jangan tanya apa itu ....]

1. Menurut Kak Dijah, perlu menggunakan konsep ‘kejian yang sopan’. Walaupun kandungan ayat-ayat itu sebenarnya sangat keji, tetapi sedap didengar dan tidak memasukkan perkataan-perkataan yang boleh menyentuh hati dan perasaan golongan sasaran. Penggunaan bahasa baku memaparkan peribadi yang skema (yang sesuai dengan golongan sasaran) manakala sesekali terdialek tempatan menunjukkan jati diri yang tinggi.

2. Variasikan topik perbualan dan berikan tumpuan kepada topik-topik yang berkaitan dengan golongan sasaran. Walaupun bercerita fasal diri sendiri nampaknya menarik, tapi sila kurangkan kecuali berkaitan-kaitan drama-drama kesusahan yang berbaur gossip.

3. Penampilan fizikal sebenarnya yang kedua. Tidaklah berjambang yang membuatkan kelihatan seperti 30 tahun ataupun cukur bersih yang melihatkan seperti 15 tahun, kematangan itu dirujuk kepada tingkahlaku. Maka, jika sila pandai-pandaikan diri dalam topik-topik yang berkaitan dengan kemampuan untuk berdikari, yakni berani untuk melakukan ini dan itu. Tetapi bukan over konfiden. Kurang konfiden lebih baik selagi berani berdikari. Dalam topik-topik yang lain, bodoh-bodoh innocent boleh dilihat sebagai cute. Itu takpe.

4. Dengan kewujudan golongan sasaran, pastikan tumpuan diberikan kepada golongan sasaran. Kecuali apabila golongan sasaran memberikan garisan.

5. Golongan sasaran lebih tertarik kepada kata-kata yang menunjukkan ambil berat daripada wang ringgit. Janji-janji manis seperti mengutamakan golongan sasaran dalam beberapa hal tertentu akan memberikan peluang lebih kepada anda. Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan janji-janji manis tanpa keikhlasan hati mampu dikesan oleh golongan sasaran.

Selamat Mencuba


9 Responses to “Bagaimana ingin menjadi ….. yang berjaya”

  1. alien mulut besar says:

    *tak boleh pikir apa nak komen*
    sakit perut gelak
    yer, selamat mencuba!

  2. SeMiN says:

    apa punya resepi nie????…bagi la resepi best2 sikit hehehehee!

  3. ayam yg suka menyamar menjadi alien says:

    baru je nak tanya apa itu ……. tetiba diberitahu sila jangan tanya apa itu…. sigh..

    p/s: weh, layan amazing race 15 tak? kesian la team yg kena eliminate kat starting point. twist yg menarik tp kesian lar…

  4. Lutfi Amri says:

    Rosmin, secret recipe. Keke.

    Naz, conform tengok. Tapi bagus gak season baru. Aku dah ada 2-3 team favourite dah. Tapi tak hafal nama.

  5. khalidah says:

    apa kata menikmati hidup dgn lebih bermakna..aka gediksss…sepanjang masa…matang atau mentah tetap menggedikskan…so gedik je lah…

  6. ayam yg suka menyamar menjadi alien says:

    Sape feveret team hang? Aku suka team yg nampak cam x kuat dan underdog tapi sebenarnya punya kehebatan luar biasa (cam margie & luke dalam season 14 yg lepas). Season kali ni pun ade sorang yg OKU iaitu Zev (Zev & Justin). So, go Zev & Justin!!

    Pro poker player harap x yah menang sbb confirm dh banyak duit tu! =)

  7. Lutfi Amri says:

    Ha ah, aku suka Zev & Justin. Mika and Canaan yang songwriter/singer tuh pun cam okeh. Tapi aku suka jugak yang mix-marriage team Brian & Erica. Probably sebab diorang ada background story yang menarik perhatian kot.

    But I actually like those poker player team. Hehe.

  8. ayam yg suka menyamar menjadi alien says:

    Samala kita, aku pun suka Brian & Erica. Aku pun sbnrnya suka poker player team tu sbb diorang HOT. Haha! Cuma x suka kalau diorang menang.. hehe..;)
    Sorry sbb komen psal TAR kt dlm entry hg yg lgsng xde kena mengena ngan TAR… (tulah.. tulis lagi pasal ….. yg aku x tau pebenda.. hehe)

  9. Lutfi Amri says:

    setuju setuju. so biarlah diorang sampai final 5 ke, 4 ke kan. hehe:D

    takpe, bebudak bio memang suka tinggalkan komen takde kaitan (jeling Kak Dijah)

Leave a Reply

See also: