define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Trip - Pagi Hari di Durham

Trip

Sebenarnya tengah lapar. Perangatkan ayam bakar itu hari dalam microwave sambil membasuh tupperware. Tetiba terasa idea nak tulis blog. Selalu macam itu. Kalau lapar, idea hendak tulis blog itu menjadi-jadi. Tahu yang hasil tulisan sedap dibaca (perasan keh) ataupun sekurang-kurangnya flownya menarik.

Barang masih belum dipack. Sebenarnya, baju-baju semua tu tak lah sepatutnya ambil masa lama sangat. Tapi bebenda extra, bab transfer lagu ini dan itu untuk tujuan buat video clip mencapap itulah yang melambat gerak kerja. Mak pun masih belum ditelefon. Satgi, lepas makan. Kalau tak nanti nada cranky sebab perut lapar.

Kepada kak dan abang dan juga pembaca-pembaca blog yang akan merindui blog tidak diupdate selama sepuluh hari (tapi kalau jumpa cc, confirm update meskipun bakal dimarahi Rosmin. Mahadi tak marah, dia keji jer); sila rujuk kepada twitter updates. Dalam blog ini ada kat belah kanan tu kan. Atau sila ke page twitter aku untuk baca update. Tadi check caj roaming. Dia caj internet roaming 1 pound lebih untuk 1 MB. Kalau nak masuk blog nih dan update, makan banyak bytes tuh. Kalau masuk twitter page mungkin tak berapa banyak. So, aku cadang untuk update pergerakan di Europe melalui twitter.

Sambil mencuci tupperware, aku ingatkan diri untuk bawak tupperware kosong sekali. Senang kalau ada beli apa-apa makanan, boleh bubuh dalam tuh. Tiba-tiba teringat first time aku pergi school trip waktu Darjah 4 (bukan mode hitam putih, mode kaler kuning-kuning sikit jer sebab zaman 90-an dah ada tv kaler tapi taklah HD kan..). Duk dalam bas nih nak gi trip satu hari je pon, rasa cam nak menangis sebab nak tinggalkan mak. Keke. Aku anak bongsu! Itu adalah alasan yang wajar untuk sedikit manja (atau manja lebih, so what?). Keke.

Esok, first time nak pergi backpacking 10 hari (first half jer, second half kitorang dah book hotel sebab tahu akan pancit by that time). Tetiba terasa self-achievement of doing something new (ini semangat malam sebelum bertolak yek. Once on the road kita cerita lain).

I guess I will always love to try something new. Jungle trekking, mountain climbing, bouldering (yang dengan Andy tuh) and this time backpacking. Tetiba terubah kepada mode filem. Kalau dalam filem-filem omputih, saat-saat nak propose (cece..), akan cakap lebih kurang macam inilah ‘you are a breath of fresh air. Since the first time I met you, my sky had been coloured with fun and laughters. Or when I am in tears, no matter how far you go, you always come back here. I want to spend the rest of my life doing and trying new things together and knowing that life would always be interesting, always’. Berhenti beberapa saat. Looking into the eyes and say, ‘would you ma…’.

Keke. Over tak Cik Pengurus? Oh, sebenarnya benda tulah yang aku tetiba terfikir yang menyebabkan aku biar dulu ayam tu sejuk (untuk dipotong-potong buat cam burger) dan masuk dalam bilik untuk taip blog. Boleh.. terfikir fasal ‘trying new thing’ sampai melalut ke merata alam. And Zeah, did you said ‘so sweet…’ waktu membaca perenggan sebelum ini. Haha. I’m so reading your mind. And did you said ‘so not!’, just now?

And then ‘freaky!’?. Haha!

P.S: Itu keji aku dengan Zeah. Keke.


4 Responses to “Trip”

  1. alien mulut besar says:

    Oh my..overnye perenggan itu. Zeah, terbukti kejian kau pasal Lutfi nak propose dalam english..kehkehkeh
    Safe journey, have fun, jangan lupa dare! kehkehkeh

    Kirim salam kat mahadi ngan rosmin sekali. hati hati ye anak anak sekalian…jangan nakal-nakal. mencapub takpe..kekek

  2. zairi says:

    waktu darjah 4, kite gi lawatan muzium negara ke upi??yg pegi beli lego tue bile ek??haha..=D rindu gile zaman tu.huhu

  3. zeah says:

    weeeyyy…. arghh.. no comment (dengan nada ala2 lola..hahaha).. but yeah.. so sweet… heheheh…

    kak alien… “Zeah, terbukti kejian kau pasal Lutfi nak propose dalam english”… tak ngerti… boleh tolong explain?.. mana tau dapat mengeji lutfi dengan lebih mendalam… haha

  4. zeah says:

    ohh baru aku faham kejian apa…. baru terbaca mengenai dare2 itu… haha

Leave a Reply

See also: