define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Tenang - Pagi Hari di Durham

Tenang

Hari ini adalah hari yang tenang.

Mahadi berangkat pulang dalam 3.30 petang. Aku pergi ke Pekan Durham kerana hendak makan croissant. Tiba-tiba terindu nak makan croissant dek kerana hari tu asyik mentekedarah croissant ketika backpacking.

Badan sedikit tidak sedap. Mungkin kerana perubahan cuaca mengejut. Tidaklah panas badan. Tak demam (kena clarify sebab nanti mulalah orang spekulasi kan?). Bukanlah kerana rindu pada Prague mahupun Madrid (ini clarify pun, tetap akan dipandang sinis oleh Rosmin, cis cis). Perubahan cuaca. Di Madrid 45 darjah, balik ke Durham dalam 20 darjah. Terkejut badanlah agaknya.

Masa untuk kembali study. Alhamdulillah, paper aku diterima untuk conference di Jerman pada bulan 11 ini. Ada rezeki, sekali lagi ke Jerman (jeling Rosmin menunggu kejian). Macam senang lenang sahaja hidup di sini yek. Itu kerana yang best-best sahaja dishare. Yang tak best, hanya dishare dengan kawan-kawan.

Tiba-tiba rindu Cik Pengurus kerana sudah lama tidak bergosip. Sekejap.. mahu baca blognya.

~~

Sudah baca. Dia sihat-sihat sahaja. Keke.

Anyway.

Masa untuk kembali ke alam nyata. Ciao.


One Response to “Tenang”

  1. alien mulut besar says:

    bagus sudah kembali. sunyi sepi okeh tanpa artis, terus i keluar entry2 merapu meraban..haha
    jangan lupa tau video log. nak tengokkkkkkkkkkkkkkkkk

Leave a Reply

See also: