define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Pulang - Pagi Hari di Durham

Pulang

[Entri kali ini mempunyai unsur-unsur dramatik yang tidak perlu sebenarnya..]

Pintu bilik Andy aku buka. Kosong.

Aku masuk dapur dan melihat makanan-makanan rapu yang ditinggal di atas meja. Ada sedikit spageti entah jenis apa. Mungkin Rosmin berminat untuk memasak.

Barang-barang aku mula dipindah ke rak atas, dahulu rak Izzat. Periuk-periuk dalam raknya masih belum aku sentuh.

Sunyi.

Mujur ada Rosmin dan Kak Zila.

Tapi Rosmin turut rasa yang sama.

‘Kenapa aku rasa lain hari ini?’ ujar Rosmin sambil kereta dipandu. Kami bertiga pergi ke Newcastle untuk membeli makanan-makanan yang tiada di Durham. Kedai Cina di Newcastle ada jual kicap-kicap Malaysia, maggi goreng dan banyak lagi oriental food yang kita guna untuk masakan Melayu.

Aku masih terfikir jawapan bagi soalan Rosmin.

Rosmin menjawab sendiri, ‘oh! Sebab tak ada Arni hari ni’.

Ah. Sedihnya bila kawan-kawan pulang satu demi satu dalam tempoh satu minggu. Arni – hari Isnin. Izzat – hari Khamis. Andy – baru balik pagi tadi.

Yalah. Dalam kejauhan dari sanak saudara, rakan-rakanlah menjadi penyeri.

‘Tu la.. orang suruh kahwin tak nak!’ said a voice from the past. Aiyo, sangat kill mood kejiwangan maaa..


3 Responses to “Pulang”

  1. alien mulut besar says:

    tulah, suruh kawin tak nak *suara gema*

  2. Nursyeff@rni says:

    alahai… terharunyee baca post entry ni… =S (walaupun agak spoil di bahagian penutup.. haha XD)

    Ohhh korang gi winghong masa aku dah balik ek.. hehehe XD

    Tapikan.. kalau kawin pun, it will not be the same juga.. kehadiran kawan2 dengan kehadiran isteri/suami mempunyai perbezaan la.. (bagi aku la.. hehe)

  3. amalina says:

    iyah aku bersetuu dgn arni heheh (ayat last arni)

Leave a Reply

See also: