define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Makanan - Pagi Hari di Durham

Makanan

I

Nih tengah menunggu ayam panggang. Tu sebab menulis blog sekejap

II

Petang tadi masak maggi kari guna perencah kari daging. Mak aku selalu advice supaya tak guna perencah yang ada sekali dalam pack tu sebab banyak ajinomoto dalam tuh. Plus, rasanya lebih sedap kalau tak guna perencah tuh, instead guna perencah kari yang guna buat kari daging. Aku pun terfikir macam mana mak aku masak itu hari. Sebab aku terlupa. Last-last aku guna resipi sendiri. Boh susu, boh kari, boh kiub ayam, boh telur, siap.

Flatmate chinese aku terkejut sebab cepat sangat aku masak. Sama jer macam masak megi kan? Cumanya guna perencah sendiri. Sambil-sambil tuh teringat Rosmin cakap yang memasak nih falsafah. Boh ini sikit, boh itu sikit = jadi.

Tapi aku faham perasaan Cik Pengurus bila problem masak. Sebab bagi kita-kita yang tak ada asas memasak nih, camna nak berfalsafah, ye tak?

Teringat la pulak macam mana dulu aku pernah describe yang Matematik itu seni. Pusing sini, pusing sana sikit, dapat formula ini dan itu. Mungkin agak sentaplah orang yang bukan Matematik mendengarnya. So, samalah; aku sentap jugak kalau nak bayangkan memasak ini sebagai falsafah:D

III

Aku bagitau Rosmin, Kak Zila dan Arni itu hari. Kalaulah aku jumpa supervisor aku seminggu sekali, conform aku akan duduk Newcastle, kawasan yang ada kedai fast food halal. Sebab bolehlah bermalas-malasan untuk tidak memasak. Sekarang nih bila kelaparan, kena la masak kalau makan sedap sikit.

IV

Ada jual nasi kari udang ‘microwave version’ kat Tesco. Aku akan mula membeli untuk simpanan. Senang bila tetiba rasa nak makan nasik

V

Rupa-rupanya kalau nak bakar ayam guna fan oven, guna 160 darjah celcius selama 40 minit lebih baik. Baru masak ayam bahagian dalam.

VI

Duduk kat UK nih membuatkan aku rasa lebih bersyukur terhadap makanan. Mungkin disebabkan susah dapat makanan. Kalau kat Malaysia, aku hanya akan buat muka ‘kepuasan’ bila makan kek cheese kat Secret Recipe. Kat sini, asal ada makanan jer, mesti buat muka ‘kepuasan’.

VII

Kenapa orang suka bercakap fasal mensyukuri makanan hanya ketika bulan puasa? Abis bulan puasa, abis dah konsep mengingati orang yang susah untuk dapat makanan. Takpe, kepada kengkawan (dan fangirls (wah, statement over okeh, ini belajar dari Cik Pengurus)) yang berada di Malaysia, ingatlah aku (dan rakan-rakan seangkatan) yang susah nak dapatkan makanan sedap tika korang menjamah nasi lemak, nasi goreng kampung, KFC, marble cheese cake Secret Recipe, burger-burger McDonald, Prosperity Burger, burger lada hitam Burger King, nasi lemak Subaidah pukul 2 pagi, roti canai, teh tarik, mi goreng, ayam bakar, ayam masak pedas, nasi ayam, nasi beriani … and the list goes on.


7 Responses to “Makanan”

  1. alien mulut besar says:

    Ah, bagai ada aura memanggil masuk ke dalam blog ini. Rupanya seruan entry baru berkonsep makanan *amacam mahadi, pandai dak akak berbahasa? kehkehkeh*

    1. Memang susah la kalau orang nak analogikan sesuatu seperti memasak atau analogi memasak seperti sesuatu. Hari tu encik bos cakap, mengendalikan experimen ni sama memasak atau buat kek. Haiyoh, elok2 orang rasa menjiwai research, terus rasa pening sebab tatau nak relate kan pengendalian research dengan memasak. Apakah persamaannya? kekeke

    2. Sangat bersetuju dengan seruan kepada rakyat jelata supaya menghargai apa yang kita ada. Kat sini, dirasakan udang goreng masak dengan sawi tumis sangat sedap. Sangat. Sangat. Even ayam goreng pon terasa mcm ayam keemasan segar yang digoreng dengan rempah asli dari ladang. Setiap gigitan makanan halal yang masuk ke dalam mulut akan mencair perlahan2 dan perasaan kenikmatan itu terserap ke seluruh anggota, menuju ke perut. Over dak? kehkehkeh. Lebih menghargai makanan. Lebih menghargai kehidupan. Lebih menghargai tanah air tercinta. *kibar bendera Malaysia*

  2. MAHADI says:

    Kak Dijah- kekeke…. tu style sendiri. Boleh tahan ye akak berbahasa.

  3. Nursyeff@rni says:

    Nak kibar bendera brunei juga di sini =D hehehe.. (bukannye nak komen pasal post entry kan aku nih! hahaha)

  4. SeMiN says:

    I – Memasak mmg senang sebenarnya… ambil jer apa bahan yg kita nak masak, campur, bancuh, proses..masak….rasa? tak der masalah..nak manis boh gula, nak masin boh garam, nak pedas boh cili… nak hangusss.. biarkan lama2 dlm oven atau atas dapur hahaha! itulah falsafah… mencipta rasa2 baru dari rasa2 yg asas… dr mender mentah kpd mender yg siap dimasak.

    II – Haahhhh betull…duduk kat sini… buatkan kita lebih menghargai makanan kita sendiri yg satu waktu dulu mmg kita ‘tak heran’ sgt pun. Sedap ke tak dilidah perkara ke 2.. yg penting… perut yg keroncong perlu ditukar kpd alunan irama yg lebih merdu… hehehe!

  5. Achik says:

    “ambil jer apa bahan yg kita nak masak, campur, bancuh, proses..masak….rasa? tak der masalah..nak manis boh gula, nak masin boh garam, nak pedas boh cili… ”
    saya setuju dgn penyataan nie
    memasak kena dr hati

  6. Allan's secret admirer says:

    Another tips, kalau nak bakar ayam nak make sure masak dalam, guna foil utk balut ayam dalam 20-30 min (depends on berapa ketul ayam dan berapa besar potongan… ni selalunya utk masak bagi 6-8 orang makan la)…. then bila dah masak n nampak la daging dah moist, buka foil tu n tukar mode grill nak kasi ayam garing kat luar… that’s what I do la kalau masak ayam… jadinya ayam lembut kat dalam, then kering kat luar… kalau mode grill dari mula sampai masak, nanti daging keras dan luar pun keras… tu yg tak best tu kan.. sedap kalau daging lembut kat dalam n then at the same time, perapan tu terserap dalam daging… perghh… tu yg best tu…. memang leceh la nak buat… what I do is kalau masa tgh dalam foil tu around 15-20 min pun ok – kalau ayam yg dah siap potong2 takat 2-3 ketul … just another 5-10 min untuk grill…

  7. zeah says:

    wah allen secret admirer, terasa plak nak makan ayam panggang kau!! Now im craving for it.. Sigh… Hehehe.

Leave a Reply

See also: