define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Lima - Pagi Hari di Durham

Lima

Dah 5 hari puasa yek? Aku terbaca status siapa ntah dalam facebook. Tak ingat pulak.

Hari ini berbuka dengan baki makanan semalam. Semalam, Rosmin dan Kak Zila datang berbuka puasa sini. Rosmin masak concigli (aku tak reti eja) dan spageti goreng. Aku ajak Andy join sekali tapi rupanya hari ni aku baru tau yang dia ada minum-minum dengan orang department. Memula semalam, kitorang ajak Izzat berbuka sekali, pastu dia malu-malu alah pulak. Dah ajak dua tiga kali, dia taknak, aku stop la mengajak. Tapi kemudian pukul 1 pagi dia nak masak untuk sahur, aku termasuk dapur pada masa yang sama, maka aku offerlah makanan yang dimasak tadi. Dia makan dengan banyaknya.

Izzat nak blah esok. Dia turun London sebelum balik Syria. Dia dah perturunkan barang-barang dapur dia kepada aku. Aku duk teringin nak tupperware Andy sebab tupperware tuh besar. Aku takde tupperware besar. Terfikir dia nak bagi ke tak? Over kan, mengharapkan benda orang. Keke.

Uh, 3 minggu lagilah nak balik kan? Susah nak cakap tahap excitement. Sebabnya, aku harap dapat produce banyak result yang best-best sebelum balik. Baru sedap hati sikit nak bagitau supervisor aku, fasal nak balik raya. Tapi eksperimen tadi macam tak berhasil.

Dah dapat contact Chris (Chris ialah aku punya coursemate kat Brunel dulu, dari Germany). Chris nih tak berapa giler online. Dia punya facebook dah tak update berzaman. Sebab orang Jerman ada facebook dia sendiri. Konferens yang aku nak pergi bulan 11 nih dekat dengan tempat Chris, so aku berazam nak gi crash tempat dia. Dia balas, mengalu-alukan kedatangan aku. So, bleh la aku gi lepak 2-3 hari.

There’s something about European culture. Kalau diorang cakap ‘yes’, diorang maksudkan. Dulu, aku bagitau Chris aku nak lepak bilik dia, dia cakap takleh. So, tu maksudnya tak boleh. Er… aku pun dulu selalu buat macam tu waktu Form 5. Dulu pun, aku bagi sign kat Muzaini or Khairul or Mahadi (kesemua itu kawan-kawan sekolah menengah) suruh diorang balik bila aku dah bosan diorang lepak lama-lama. Adik-adik yang membaca, sila jangan tiru perbuatan ini. Sangat tidak sopan dalam masyarakat ketimuran kita. Kalau nak buat, sila datang Eropah (ataupun Aussie mungkin boleh? Bolehkah Cik Pengurus?).

Okeh, tetiba sudah lapar. Makan, pastu sambung study. Esok nak jumpa supervisor.

Tambahan (tiru cara Cik Pengurus): 5.08 pagi, akhirnya memahami kesilapan yang telah dilakukan. Tersalah membaca formula rupanya. Bolehlah tidur dengan lena malam pagi ini.


5 Responses to “Lima”

  1. alien mulut besar says:

    Yer, orang putih kalau kata boleh, akan cakap boleh. bukan mcm sesetengah dari manusia yang kata boleh, then kutuk belakag lepas tu kannn. konsep ajak2 ayam memang tiada. gedik2 ayam mungkin ada.haha
    baguslah dah boleh tidur lena. experimen i tak jadi lagi. benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

  2. SeMiN says:

    woi eksperimen aku lagi lah tak menjadi….. so apakah maknanya???? oh tidakkkkk!

  3. alien mulut besar says:

    rosmin, mari jerit berjemaah. Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!

  4. Lutfi Amri says:

    Wah, over secara berjemaah.

  5. khalidah says:

    konsep berterus terang mak sukar diterima oleh mana-mana pihak kecuali pihak yg overlap…mcm mana tu…

Leave a Reply

See also: