define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Life - Pagi Hari di Durham

Life

Stroller

Dalam bas baru tadi. Seorang baby menangis dalam stroller. Mak dia buat apa? Sekadar tepuk-tepuk baby yang dalam stroller tu. Baby tu siap angkat-angkat tangan lagi minta didukung. Mak dia sekadar memerhati dan menyumbat puting plastik ke mulut baby itu. Aku geram. Kenapa tak dukung? Angkat la sikit. Budak tu terkejut dalam bas. Nak jer aku pergi dan dukung, tapi nanti kang jadi kes pulak.

Uh, tetiba emo aku dalam bas tadi.

Congrats

Sebelum keluar dari bilik supervisor aku, dia congrats sekali lagi. Untuk beberapa milisaat, aku terfikir dia congrats apa. Oh, fasal paper itu diterima konferens. Rupanya konferens tu agak bagus. So, dia happy. That’s how he thinks eh. Aku.. bila baca email penerimaan, ‘yes, bleh jalan lagi’, that was on my mind.

Metro

Sudah ada Tesco Metro di tengah bandar Durham (melompat gembira). Di UK, Tesco ada beberapa jenis. Tesco Express – untuk Tesco kecik yang biasanya kedai stesen minyak.  Tesco Metro untuk Tesco dalam bandar yang ada banyak sikit barang. Tesco Extra yang saiznya macam Tesco kat Malaysia tuh. Tapi kan ke kat tepi USM tuh ada Tesco apa dia panggil?


5 Responses to “Life”

  1. SeMiN says:

    Salam Ramadhan, Tahniah! Tahniah! Tahniah!… moga konferen ini sbg satu permulaan kepada kejayaan yg lebih besar…(dalam nada yang lebih serius)

    moga dengan kehadiran tesco metro, lebih senang lagilah untuk membeli bahan memasak … keh keh keh…(sambil memutarkan bola mata)

  2. Lutfi Amri says:

    Amin… (untuk kedua-dua)

  3. zeah says:

    Alhamdullilah…. aku pun dapat jugak tumpang membeli barang2 kat Tesco Metro tue… tak perlu susah2 nak pegi newcastle… hehehehehehe…

  4. alien mulut besar says:

    1. Tergelak dengan perenggan berbaur emo nih. Sesuatu kah? Mcm ada petanda ja..hahaha

    2. Congrats jugak!! Sambil pegang banner ‘New clip! new clip!’

    3. Wah, bagusnya. Kat USM dulu yang area sungai dua tu namanya tesco je kan? yang jauh sikit tuh tesco extra kan? Sini Tecso pon takde. =(.

  5. Kamilah says:

    Yeah I heard Tesco Metro tu buka from my lecturer masa aku kat Egypt.. I can’t wait to see it! haha.. sempat lagi my friends kat sana debate how the place is too big to make it a “metro”.. oh well..

    oh and CONGRATS! :D

Leave a Reply

See also: