define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Iftar - Pagi Hari di Durham

Iftar

Orang sini panggil berbuka tuh ‘iftar’. Guna istilah Arab. Sebab rata-ratanya orang Arab kat sini.

Hari ni kitorang ada berbuka puasa dengan Malaysian. Ramai jugak. Penuh satu dewan. Nak amik gambar, tetiba tersedar terlupa boh memory stick dalam kamera. Takdelah chance tangkap gambar. Anak Abang Amir, Amni memula taknak kat aku. Sebab dah lama tak jumpa. Pastu, aku paksa dukung dan bawak dia ke tempat indoor playground kat hujung dewan tuh, dia pun lepak balik dengan aku. Tetiba teringat anak menakan aku nun jauh di Kedah. Walaupun aku selalu gak garang dengan diorang, tapi nanti diorang akan datang untuk mengadu bila tak dapat nak main DS, ataupun nak mintak game baru dalam DS. Takpe, takpe, InsyaAllah raya ini akan pulang.

Esok ada Grand Iftar anjuran Durham Uni punya Islamic Soc. Pergi lagi. Saja. Seronok pulak tetiba ramai-ramai macam nih. Walaupun aku nih ada peel sikit. Kalau time aku rasa nak bersosial, terus boleh dapat title yang dulu Cik Pengurus boh dalam blog dia. Kalau tetiba terasa hendak bersendiri… ish, Rosmin baca post yang aku cakap aku ‘menghalau’ kengkawan itu. Terus dia mengeji, ‘hah, tuh Lutfi nak suruh balik la tu’. Aku pulak jujur dan ikhlas, gelak sambil mengaku. Adik-adik, sila jangan ikut perangai ini, baik di bulan puasa mahupun tidak.

Life is good (cepatnya recover, ye tak?).

Malam ini bersahur dengan ayam goreng semalam (beli kat Dixy).

Sekarang nih tengah menunggu menu ikan temenung masak pedas, makan dengan nasik lemak. Semalam jumpa ikan temenung kat kedai cina (Ikan temenung tuh, bila jumpa, reaksi aku seperti intan permata yang tetiba turun dari langit. Bila Rosmin cakap nak buat masak pedas, terus aku seperti melompat di atas awan).

Oh, mari kita potong mood tetiba (sama seperti entri lepas).

Aku baru tahu dari John, satu-satunya flatmate aku yang tinggal sampai sem depan sebab dia tak abis lagi, ada kes pembunuhan kat Durham. Orang kena tembak waktu drive oleh orang yang jugak drive. Tak clear ceritanya. Tak jumpa dalam internet pon lagi beritanya. Lokasi pembunuhan, dalam 5 minit berjalan kaki dari tempat aku. Kak dan Abang, jangan bagitau mak, nanti dia risau.

Anyway, hopefully this is just one off thingy. Moga dijauhi dari bala, dunia dan akhirat. Amin.


10 Responses to “Iftar”

  1. wifeabgfauzi says:

    Patut pon balik dari sana tadi nampak dekat kereta polis tu ada org siap pakai suit forensik…CSI rupanya.

  2. alien mulut besar says:

    Kalau time aku rasa nak bersosial, terus boleh dapat title yang dulu Cik Pengurus boh dalam blog dia.
    apakah titlenya? jeng jeng jeng

  3. SeMiN says:

    oooooo kes bunuh…. patutlah bila tanya Polis tuh…dier kata tak leh cakap lagi…tp jgn risau you akan atau jugak esok hari… 2 mlm lepas pun ada kes kat main road Gilesgate (dekat rumah Azila… ada org yang sedang tertiarap atas tanah – tepi jalan dan dikerumuni org… masa tu kereta polis dan ambulan baru sampai….

  4. alien mulut besar says:

    isk, ape nih pakat sembang citer mengerikan nihhhhhhhhh

  5. Nurul says:

    Kes bunuh ehh seramnya.. Do take care there.. jgn terlalu bersosial sangat…

  6. zeah says:

    Benda dah nak jadi…. so just take extra care ok…. Banyakkan doa agar dilindungi dari bahaya…. Aku doakan untuk korang yg kat Durham…

  7. zeah says:

    Tapi kan… bila aku baca the news.. naik seram pulak aku…. a peaceful county ada adegan tembak menembak…. whoahh…. Jaga diri lutfi, shifa&husband, Amalina, Rosmin, kak zila dan semua yg kat Durham ok…

  8. SeMiN says:

    InsyaAllah moga kita semua dalam peliharaan Allah SWT jua. Thanks Zeah!

  9. amalina says:

    Thanks Zeah, doa2kn kami selalu ya..

Leave a Reply

See also: