define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Euro backpack: No 2 – Train oh train - Pagi Hari di Durham

Euro backpack: No 2 – Train oh train

Salam kelana,

Dah hari ke sembilan. Kulit dah mula makin gelap (nak kata tanned, memang dah tanned pun kan) dek kerna panas benar Eropah ni.
Highlight untuk hari sebelum.

Hari 4 – Isnin
- ke Bratislava (4 jam train) dan kemudiannya ke Vienna (1 jam lebih train dari Bratislava)
- terkurung dalam tram kat Vienna sebab tak tahu nak turun waktu stop terakhir. Dalam 5 minit jer, tapi kitorang kekalutan sebab nak catch train balik ke Prague sebab sewa backpackers hostel kat Prague. Aku tertinggal sweater yang baru beli itu hari. Tripod Mahadi yang dalam beg yang sama turut tertinggal.
dsc00577

- Gambar sebelum ke Bratislava dan Vienna. Dalam common room hostel.

Hari 5 – Selasa

- bergerak ke Linz, Austria. Sempat singgah dan naik atas bukit guna tram. Linz is a nice city and I love it a lot.
- pastu bergerak ke Innsbruck untuk catch night train. Tak sempat berhenti berjalan pun. Sempat berhenti beli kebap (that´s the way they spell it there) jer di Salzburg.

Hari 6 – Rabu
- sampai di Venice awal pagi dengan night train. Takleh tidur sangat sebab dapat cubicle style Harry Potter punya train, tapi penuh 6 orang.
- berjalan-jalan di Venice. Dah mula terasa panas di Venice. Sebabnya, belah-belah sebelum ni taklah terasa panas sangat.

Hari 7 – Khamis
- Naik train awal pagi ke Rome. Sempat berjalan dalam 3 jam macam tu. Sambil terkejar-kejar sebab cadangnya nak singgah Pisa. Tapi terlepas train ke Pisa dan next train akan menyebabkan kitorang sampai bila matahari dah terbenam, so cancel ke Pisa. Instead, kitorang mula bergerak ke Barcelona.

Hari 8 – Jumaat
- Tujuh kali tukar train. Naik train lompat-lompat start dari Rome ke Barcelona.
- Memula train Rome ke Ventimiglia (seperti ejaan surname mamat Heroes itu, tapi France eja Ventimillia). Kitorang sampai Ventimiglia dah malam. So tunggu 4 jam macam tu untuk train pagi. Sempat bermain UNO sambil menunggu dan seorang minah France yang juga backpackers bernama Adeline sempat join kitorang main (tapi dia kalah, sungguh tidak gentleman kitorang bertiga). Sebaik sahaja meninggalkan Ventimiglia, sempadan Itali dan France, aku pun officially menang UNO Italy. Keke.
- Pagi, dan tengah hari, kitorang bergerak ke sempadan France – Spain pulak. Sampai di Perpignan, stesen sempadan dah nak dekat malam. Ingatkan dah tak sampai Barcelona.
- Tapi Alhamdulillah, ada gak train ke Barcelona
- Mahadi menang UNO France.

Hari 9 – Sabtu
- Berjalan-jalan di Barcelona. Tapi sangat panas. Aku dah mula cranky (boleh?)
- Sudah terasa penat berbackpacking. Rasa dah letih ditambah dengan cuaca yang panas.
- Mahadi dan Rosmin pulun menangkap gambar di Plaza Cataluñya (sekarang sedang guna keyboard Spain, jadi ada key untuk huruf ñ), aku pulak duduk di kejauhan, sambil hati menanyi lagu Michael Buble – Home.
- Petang, bergerak ke Cordoba. Sepatutnya plan kitorang ke Granada, tapi takde dah train sebab dah lewat tinggalkan Barcelona.

So, tinggal hari ini, Ahad dan esok Isnin, kitorang balik semula ke UK, InsyaAllah.

1.53 am
Cordoba


5 Responses to “Euro backpack: No 2 – Train oh train”

  1. zeah says:

    (Mode cemburu meluap-luap)… isshhh memang aku meruap dengan cemburu bila baca mengenai venice…. seriously…its in my list… on top of my list actually… uwaaaaaaaaa…. kau kejam lutfi… kau tak bawak akuuuuuuuu…. aku nak ikut…… (Mode cemburu dah off)

    (Mode keji)… Weii lutfi… dah buat video klip ke?… dah menari2 depan khalayak ramai?… kau game ke tidak nie?…. hahahaha…. (mode keji OFF)

    (Mode mesra alam..bolehke nie? haha) Ok lutfi… take care… and enjoy…. safe journey and safe back to UK ok…. hehehehe

  2. fi says:

    bro, suka baca blog u ni dan teringin nak ke london tahun depan..sekitar bulan jan hingga april musim apa ek??? harap u bole bagi sikit info coz i dgn freind nak buat budget, cadang nak tinggal kat Malaysian Hall, kalo bawak bekal makanan yg kering2 tu ok tak?

  3. Lutfi Amri says:

    fi, cuba baca entri ni

    http://pagihari.solarstreak.com/2009/05/bercuti-di-uk/

    Januari musim sejuk, April dah musim bunga, tapi disebabkan musim kat UK nih tak berapa betul, so takleh nak confirm terus camtu. Untuk flight, time April tuh patut mahal sikit sebab ada cuti perayaan Easter.

    Tapi kalau datang waktu bulan April, dah kira okey.

    Try cari jadual waktu solat kat Islamicfinder supaya boleh imagine matahari terbit pukul berapa dan matahari terbenam pukul berapa. Sebab kalau tengok bulan Jaunari, matahari terbit pukul 8 pagi dan terbenam dalam pukul 4 atau 5 petang, which is a baaad time to go around sightseeing.

  4. SeMiN says:

    wahhh sempat lg tuh… bergambor kat tempat ehem2 yg sungguh terkesan… mcm nak pi balik situ jer keh keh keh!… Mahadi!!!!! ada setuju ka? weh.. time depa menang UNO siap war2 senatero jagat raya lagi…mana aci!!!! ….. keh keh keh!

  5. fi says:

    thanks bro, n3 yg sgt2 membantu…

Leave a Reply

See also: