define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Back here - Pagi Hari di Durham

Back here

Sudah sampai balik di Durham pukul 7 lebih tadi. Untuk dinner, Rosmin dan Mahadi masak udang, sambal bilis dan cabai tumbuk (a.k.a sambal belacan). Sangat sedap. Bak kata Rosmin, ‘pusing satu Europe, balik cari sambal belacan’, lebih kurang macam tulah bunyinya.

Alhamdulillah, kitorang berjaya pusing 9 negara dalam 10 hari. Backpacking nih salah satu kaedah melancong murah di Europe. Kalau perasan, banyak jugak backpackers yang datang ke Malaysia dari kalangan mat saleh. Orang kita jer kot yang kurang buat. Ataupun, kalau buat tapi tak berapa warwarkan. Ataupun kalau buat, aku yang tak baca blog diorang. Anyway, the journey was nice. Kitorang sama-sama ketawa, kaget dan cranky. Sepanjang perjalanan, Bahasa Inggeris tak digunakan sangat disebabkan orang negara Eropah lain buat dek jer fasal BI nih. Sampaikan di Madrid, aku merojakkan English dan Spanish, tanya ‘Where is turista informacion?’ pada polis (sepatutnya dalam Spanish informacion turistica), sekali polis itu menjawab dalam BI dengan penuh fasihnya.

Tapi, tempat lain, takde ah. Kena guna simbol dan tangan untuk bertanya dan mengorder makanan.

Walau bagaimanapun, kitorang bertiga memartabatkan penggunaan Bahasa Kedah sepanjang perjalanan sehingga istilah-istilah yang dah lama tak didengar, digunapakai oleh kitorang.

Anyway …
untuk sepanjang perjalanan kitorang

1) Top 3 cities should be Prague (yeah yeah, abislah aku dikeji oleh Mahadi dan Rosmin nanti), Cordoba dan Linz. Prague, Czech Republic ada bangunan lama yang cantik. Cordoba, Spain sangat romantik dan Linz, Austria ialah bandar baru yang peaceful

2) Venice is dissappointing. Gah pada nama dan adegan-adegan dalam movie semuanya pada tempat-tempat yang cantik. Venice on its own is fine. Tapi disebabkan compare dengan tempat lain kot (Yer, yer Rosmin, compare dengan Prague). Kitorang sesat berkali-kali dalam Venice tuh.

3) Orang Itali tidak friendly. Diorang banyak terjerit-jerit dan agak rude. Susah nak tanya soalan ini dan itu. Perlu ditekankan (kerana Rosmin tetap akan mengeji jika tak cakap pun), mak cik kaunter kat Prague sangat banyak membantu dan bersifat keibuan. Waktu kitorang tersalah stesen, mak cik kaunter kat Prague siap suruh aku cepat-cepat gi stesen yang betul supaya dapat catch train kitorang.

4) UK sahaja yang sejuk. Negara-negara Eropah lain tak sesejuk UK. Kitorang balik malam ni, rasa sejuk semacam jer. Kat Madrid semalam, sampai 45 darjah celcius waktu siang. Malam pun meruap lagi.

5) Malaysia bleh jadi negara maju jugak in near future. Mahadi dan Rosmin pun setuju yang melihat Itali, terasa tak macam kat negara maju pun. Dan disebabkan kitorang naik train seharian melalui kawasan pedalaman France, kitorang nampak kawasan penempatan di pedalaman ~ biasa saja.

Keh, ada lagi kot point-point untuk dishare kelak. Tapi dah ngantuk.

So one pix only

ausburgGambar ala-ala cover album depan bangunan  di Augsburg, Jerman. Nih, kitorang sampai around midnite, dan tunggu kat bandar nih sampai pukul 3 pagi lebih sebelum catch train berikutnya.

Durham
3.31 am


3 Responses to “Back here”

  1. keraknasi says:

    9 negara dalam 10 hari? alamak. pecah rekod. last year kami buat 8 negara dalam 17 hari. mungkin sebab winter kot, perjalanan agak terhad. sejuk sangat! kalau UK dah sejuk, kat Europe lagi la sejuk. hidung sampai berair. haha.

    tapi! prague memang sangat cantik. terjatuh cinta dengan prague, sampaikan masa kat prague, siap buat azam lagi, “ok, next year mesti nak datang lagi, dan spend lama sikit”.

    apa2pun, good job eh korang!

  2. ayam yg suka menyamar menjadi alien says:

    Salute kat hang yg memartabatkan bahasa kedah semasa tour Europe! =)

  3. alien mulut besar says:

    ahaks, sebelum baca caption gambar dah terpikir ‘cover album sangat!!ahaks’ terus ada caption kat bawah. U sure know whats in our (rakan2 sepengejian’s) mind Am!hahahahah
    Satu pengalaman yang sangat menarik, 9 negara dalam satu hari. Memeori indah yang akan kekal tersimpan rapi dalam lipatan sejarah. Err, Mahadi, kenapa jadik tak sedap pulak ayat akak. Tak jadi mcm ayat hang pun? kekeke

Leave a Reply

See also: