define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); All for one - Pagi Hari di Durham

All for one

Merdeka

Salam merdeka. Hari ni kat UK pun cuti sebab bank holiday (kat sini istilahnya bank holiday, kat Malaysia kita panggil cuti khas). So, ala-ala cuti 31 Ogos jugak la. Tapi cuti tak cuti sama jer schedule kehidupan. Raya tahun lepas, lepas sambutan raya, aku terkocoh-kocoh ke school untuk hantar report (itu sebab hantar last minit).

Nasib baik aku dah peringat supervisor aku yang hari ni cuti. Sebab kalau tak, tentu ada meeting ari ni. Cuti-cuti umum nih, bas tak banyak. Susah nak pergi school. Bebulan tak posa pun aku naik bas, bulan posa, lagi lah malas. Lihat pengunaan istilah – malas. Bukan penat.

Kecewa

Baru lepas frust nih. Penat mengedit-edit video segala bala, tetiba terhang pulak program. Dahlah terlupa nak save kerap-kerap. Kena la repeat dalam setengah jam nak siapkan balik. Taklah lama pun. Cuma, bila video-video editing nih bukanlah kursus minor pon, so rugilah perabih setengah jam untuk benda itu.

Video Editing

Sekadar berkongsi kepada orang-orang yang nak video editing.[Yang technophobia, sila skip]

Kalau baru nak belajar editing video, boleh cuba guna Adobe Premiere Element. Yang aku ada nih bundle dengan laptop yang aku beli. Dia macam Microsoft Movie Maker tapi lebih advance. Lebih best nak potong-potong dan nak boh audio.

Aku baru discover semalam, yang fail video HD dari kamera Sony Cybershot aku boleh diedit dengan Adobe Premiere Element. Adobe Premiere Pro CS3 mahupun yang terbaru CS4 tak dapat edit fail *.mp4 itu. Apasal yang Pro takleh buat yang Element boleh, aku pun tak tahu.

So, kepada sesapa yang nak mencuba video editing, bleh la cuba Adobe Premiere Element. Banyak lagi program lain, tapi I’m an Adobe person.

Tembak

Rupa-rupanya kes tembak itu seperti berikut. Dua kereta saling tembak menembak dari Stanley. Mereka ligan-meligan sehingga ke bandar Durham. Pastu, diorang lalu depan roundabout County Hall dan salah satu kereta terbabas. Terus mamat itu dibawa ke hospital dan ditahan polis. Mamat lagi sorang pulak berjaya dikenal pasti dan ditahan.

Rarely happen in Durham. Urgh

Posa

Sempat telefon mak aku pagi tadi sebelum tido. Dia dah berjaya posa balik. I’m so happy for that. Sejak pembedahan awal tahun nih, mak aku dah cam gastrik all the time. Sikit-sikit kena makan. So, hopefully this is the sign of her health improving as well. Barakah bulan posa. Harap-harap she’ll get better:)


4 Responses to “All for one”

  1. Nurul says:

    Amin She will get better dah ada improvement tu~~~~

    N Selamat MEnyambut Hari Kemerdekaan bagi orang-orang Malaysia

    From the Bruneians~~

  2. Lutfi Amri says:

    Thanks Nurul.
    Ingat, kalau nak ingat berapa umur aku, ingatlah tahun kemerdekaan negara korang:)

  3. zeah says:

    Hahahaha…. wah negara Brunei Merdeka, Ahmad Lutfi Amri di lahirkan…. hehehehehehe….

    Ku doakan semoga Emak kau semakin sihat hendaknya… Amin….

  4. alien mulut besar says:

    semoga mak hang bertambah sihat..amin..

    er…’Cuma, bila video-video editing nih bukanlah kursus minor pon, so rugilah perabih setengah jam untuk benda itu.’

    kalau ikut konsep nih, i minor penggosipan sebab habiskan masa sekurang2nya sejam sehari..ekekek

Leave a Reply

See also: