define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Q: Persiapan ke UK - Pagi Hari di Durham

Q: Persiapan ke UK

Kak Raftah, salah seorang yang kenal aku melalui blog tanya soalan berkenaan persiapan untuk ke UK (bagi pihak anak saudaranya). Untuk tatapan bersama, aku kongsi di sini.

Lutfi,
- apakah persiapan dari segi mental yang perlu ada pada seseorang tu
- apakah masalah yang dihadapi yang sukar nak diatasi
- baru2 ni kak baca blog Lutfi pasal masalah english uk and us.  Adalah ini akan jadi masalah besar kalau kat M’sia ni English pun tak berapa nak power

Kak Raftah,

Susah sebenarnya nak jawab soalan-soalan di atas. Kalau saya nak beri perspektif yang negatif, saya rasa hidup di UK ini menyusahkan. Kalau di Malaysia, senang nak cari makanan, senang nak pergi sana dan sini, dan tak perlu kebekuan ketika musim sejuk, di sini, walaupun dah 2 tahun lebih saya tinggal di UK, saya masih lagi tidak biasa dengan itu semua.

Tapi kalau ditanya, saya hargai peluang ada di UK ini. Satu dari segi akademik. Banyak benda yang boleh dipelajari dari pemerhatian dan tindakan kita sendiri. Budaya kerja, budaya penyelidikan, budaya dalam kelas.

Keduanya, budaya masyarakat tempatan. Seronok juga melihat perbezaan antara kita dan mereka. Sambil-sambil kita sendiri mengajar mereka budaya kita. Kalau kena orangnya, boleh juga rabung bercerita fasal benda-benda ini.

Disebabkan umat Islam di UK ni dari pelbagai mazhab, maka ada banyak juga perbezaan ketara antara satu sama lain. Cuba baca buku Fikah Luar Negara tulisan Hamidah Mat dan Maszlee Malik. Bab-bab fiqh ni, saya tak reti nak huraikan. Jadi, saya play safe dan bagi rujukan sahaja.

Berkenaan bahasa, tidaklah patut menjadi kerisauan. Asalkan mahu, dan tidak malu, InsyaAllah boleh. Sampai ke hari ini pun, Bahasa Inggeris saya masih tunggang terbalik, tapi kalau hendak berbual dan berbincang dengan orang-orang sini, Alhamdullilah okay. Banyak peluang untuk memperkukuh bahasa di sini. Boleh cari kawan-kawan dari negara Eropah, atau sertai persatuan ini dan itu.

Bahasa Inggeris untuk akademik sama sahaja susahnya di mana-mana pun. Pokok pangkalnya ulangkaji selepas kuliah.

Saya rasa, kalau anak saudara akak ada peluang untuk ke UK, berilah dorongan dan sokongan moral. Okay ja tu..

Lutfi


3 Responses to “Q: Persiapan ke UK”

  1. adol says:

    best tu dapat g luar negara, bukan semua org dapat peluang tu… jadi x leh sia2kan… adik aku pun g belajar kat jepun..

  2. Kak Raftah says:

    ermm…
    alamak jawab kat blog
    tapi ok juga boleh kongsi ramai2
    terima kasih banyak
    Dah lama tak bukak melalui websie dah berwajah baru rupanya

  3. sharifah nurliyana says:

    thank you..saya sbnrny anak sedara kak raftah…temi kasih atas nasihat yang diberi..saya bru aje dpt thu sy dpt university of surrey..awk skrg berada di universiti ape?..university of surrey tu ok ke…bgus ke saya belajar di sana…

Leave a Reply

See also: