define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Dilemma - Pagi Hari di Durham

Dilemma

‘Oww.. no matter what I do… oww..’ tiba-tiba teringat lagu tu pulak. Oops.
Tengah dalam dilema. Nak makan filet ikan untuk dinner atau pesan Pizza? Hari ini berjalan dengan agak slow. Dalam pukul 4.40 pagi, pergi menghantar Mahadi ke Newcastle. Dia naik Megabus. Bangun dan buat toast. Satu chocolate spread. Satu lagi sapu mentega dan kepit dengan tomato. Kalau di Fajar Bakti, mak cik kedai roti jual bubuh timun sekali. Tapi timun dah rosak.

Orang lama macam aku panggil Fajar Bakti. Bebudak USM baru panggil Bakti Permai kot? Jenuh aku duk argue dengan bebudak junior debat hari tu. Sebab diorang panggil bangunan atas bukit tu Harapan. Aku pergi menghantar diorang balik (Diyana dan Mahfuzah). Diorang cakap ‘Harapan’. Aku pusing la ke tepi tasik. Sekali diorang kata atas bukit. ‘Itu Fajar!’ aku mula nak menang.

‘Fajar Harapan, panggil Harapan lah’, ujar mereka (uh, menggunakan perkataan ‘ujar’. Hari tu tengah bersembang dengan Mahadi, tetiba menggunakan perkataan ‘walhal’. Sentap sekejap).

Confuse aku dengan bebudak baru kat USM. Kalau zaman dulu, masuk-masuk jer kitorang dah belajar yang mana satu Aman, yang mana satu Damai. Kafe bawah yang murah, Indah. Atas pulak Kembara. Bangunan Cahaya telah direvamp menjadi pusat kesihatan. Gemilang di bawah.

Tiba-tiba terkenang USM. Uh, tidak. Bukan terasa hendak balik. Tanya abah pagi tadi. Dia bagitau yang mak dah nampak lebih okay. Aku sedikit lega. InsyaAllah, lambat-lambat, pulihlah tu. InsyaAllah.

Perut semakin berkeroncong. Masih dalam dilema. Sigh.


13 Responses to “Dilemma”

  1. alient mulut besar says:

    Dengki okeh boleh berdilemma-dilemma segala untuk makan. I nih berhempas pulas tau nak makan. Takdenye nak dilema2..keke

    Ahh, sangat tak suka pertukaran nama desa yang baru. Fajar Bakti adalah Fajar Bakti di hatiku..walaupun nama penerbitan buku..keke

  2. Lutfi Amri says:

    Sudah.. bukan ader kebab ke di tengah jalan ke uni (Peter Petrelli ke yg jual?)

    Oh btw, memilih pizza di akhirnya. Terasa malas nak buka oven.

  3. alient mulut besar says:

    Memangla ada kebab, tapi tak wujud pilihan lain. Uhhh..korang memang bertuah tau sampai boleh dilema..keke

  4. diyana says:

    erm..betula fajar harapan,dh ms ktorg mula2 msk USM diperkenalkan cmtu..
    huhuhu..
    ktorgkan generasi baru yg muda,jadinye lainla istilahnye..
    huhuhu

  5. Lutfi Amri says:

    Keke, diyana tak puas ati:)

  6. iNa says:

    bdak2 zaman dulu pon confuse jgak la..dh abes grad pon still blurr duk aman ke damai..haha..aman damai la sng citer..

  7. alient mulut besar says:

    sangat sedap tau u ols nama lama nih – fajar bakti, harapan, indah kembara, gemilang, cahaya permai, aman damai.
    Skang nih dah konpius dah..Rasa nak buat tunjuk perasaan je masa memula dapat tau nama ditukar-tukar. Sangat busuk!!

  8. Lutfi Amri says:

    Saya okey jer dengan penukaran nama baru. Tapinya sebab bebudak tuh tak dibriefing mana satu row bangunan nama ini dan itu.
    Kan ke zaman kita dulu kalau nak pergi ‘Fajar’ atau ‘Bakti’, kita tahu yang mana satu. Sekarang nih diorang pakai guna jer mana satu nama depan. Abis orang-orang veteran macam kita ni confused. Keke.

  9. Achik says:

    achik xpuas ati gak dengar tukar2 nama yg wat kt insan2 lama konpius nih
    tp hidup perlu perubahan x?
    tp berubah pun at least inform ler koordinasi bangunan tu btul2
    karang jadi ayam & itik sembang…

  10. Lutfi Amri says:

    Keke.. kita generasi lama Achik..

  11. Siti Zubaidah says:

    hahaha..perbalahan kecil pasal nama-nama blok USM. Bukan semua budak-budak baru tak tahu nama-nama blok lama, ada je yang tahu. Eh wait, mahfuzah binti apa ya? macam kawan saya je? batch mana ya?

  12. Lutfi Amri says:

    Siti Zubaidah,
    tak sure lak Mahfuzah binti apa. Batch.. er..
    Junior saya tu. Taklah tahu sedetail tuh.

  13. Siti Zubaidah says:

    ok..so, tgk friendster, lutfi org merbok…whoa, kampung saya tu..

Leave a Reply

See also: