define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Ikan - Pagi Hari di Durham

Ikan

[Disebabkan tajuknya 'ikan', maka pos ini didekasikan kepada Kak Khalidah yang buat ikan di Australia]

I

Semalam aku beli ikan ‘sea bass’ di Tesco. Fish in its form. Ala, macam beli kat pasar Malaysia la. Sebab kat UK nih, ikan juga dijual dalam bentuk filet. Aku tak pernah lagi beli ikan seekor macam tu. Aku dah terfikir hendak bakar. Bukanlah sebab nak lebih sihat, tapi sebab kalo goreng, minyak kena guna banyak.

Sampai kat kolej kediaman, selepas bergossip panjang dengan Kak Khalidah dan kemudiannya kak aku; aku teringat yang aku tidak pernah besiang ikan sepanjang hidup. Alamak. Tapi bawak keluar jer ikan tu dari plasitik, rupanya memang diorang dah buang semua perut etc.

Tapi ikan lautan sini tak best. Ikan temenung jugak best. Sigh.

II

Aku teringat lama dah, pernah bersembang dengan ayah aku. Fasal ikan bakar. Ayah aku cakap, waktu zaman dulu-dulu, kalau ikan tu bergoreng, kira banyak/ada duit la. Sebab nak beli minyak masak pun mahal time tu. Ikan bakar waktu tuh untuk orang-orang miskin ja.

Tapi sekarang nih dah terbalik. Ikan bakar bukan main mahal lagi. Dia tambah lagi, sama la dengan ikan kering. Dulu ikan kering tu untuk orang-orang takdak duit. Sekarang nih…

Hehe.

III

Dulu host bro aku dari Jepun, Ken, pernah datang ke Malaysia dengan kawan-kawan dia (yang jugak aku kenal waktu gi Jepun dulu). Diorang datang rumah aku, so kitorang jamulah ikan temenung goreng. Sekali diorang angkat ikan tu seekor, dan nak meratah.

Menjerit kitorang suruh stop sebab ada tulang kan… Agaknya Jepun sama konsep dengan UK kot. Biasanya orang makan yang filet punya, yang tulang dah dibuang. Tapi, ‘kagum’ gak aku. Sampai tak tahu begitu sekali…

IV

Sejak kebelakangan ini, kurang selera makan. Tak tahu nak makan apa. Tak terasa nak makan pun. Sekalipun pizza. Sigh..


4 Responses to “Ikan”

  1. alien mulut besar says:

    terus klik bila entry namanya ikan..keke..dah agak dah, mesti ada dedication untuk makcik sorang itew yang emnyepi tanpa khabar berita.
    Ah, apa khabar beliau di sana? keke

  2. khalidah says:

    terima kasih …..[mode beauty queen yg menang award] sambil tgn melambai2…sungguh terharu…

    Ratu kamben…., ibu ikan di sini dlm tempoh aclimatising…mcm ikan jugak….huhuhuhhuhuuu

  3. WaReMoN says:

    Pergh..abg Ken ang tu ckp BM ke bila mai Malaysia ari tu? Ataupun ckp Jepun gak?

  4. Lutfi Amri says:

    Cakap BI la weh..

Leave a Reply

See also: