define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Gathering - Pagi Hari di Durham

Gathering

Hari ini ada gathering perpisahan. Salah seorang Malaysian kat Durham, Cikgu Talib dah berjaya sempurnakan pengajian PhD dia. Big congrats for him. Diorang buat kat dewan depan rumah aku jer, so aku pun pergila. Dah lama gila tak join aktiviti-aktiviti orang-orang Malaysia kat sini.

Appropriate reason – busy with work. With the 1-year presentation and work-in progress paper for a conference. Well, that reason is valid and legit.

But honestly I won’t think that would be a total honest. Honestly I was kinda secluding myself a bit. Going through something. But hey, I don’t have to tell that. It is so obvious and trivial, innit? If you know what I mean (jeling Kak Khalidah).

Anyway. The gathering was fun. Mengambil inspirasi dari Kak Dijah, aku juga ingin menunjuk-nunjuk gambar yang aku amik.

Makanan yang dihidangkan. Pot luck semuanya. First time aku turut menyumbang home-cooked meal. Ayam yang sebelah kanan bawah itu aku bawak. Tetiba terasa nak buat ayam bakar dalam oven dek kerana kedai halal dah dibuka kat Durham. Kira kesyukuran dek kerana dah ada kedai halal kat Durham. Please know that I may be talking about this kedai halal for lot of time because it’s a huge thing to have it here.

Kalau tak, kena gi Newcastle yang akan mengambil masa 10 minit jalan, 12 minit train, 10 minit bas, masa menunggu lagi = pergi balik termasuk shopping dah 2-3 jam. Sekarang nih, kalau jalan kaki pergi balik, 20 minit jer.

Uh, tapi still masih beruntung dari orang-orang Geelong sebab takyah la spend sampai 70km untuk mencari daging halal (jeling Kak Khalidah lagi).

Bergambar waktu pengacara majlis tengah bagi ucapan. Belakang aku, Rosmin. Diorang nak minta aku edit video untuk satu program. Ustaz Fauzi ada tengok video aku dalam Youtube. Memula dia mention Amazing Race Durham. Okey la. Aku okey lagi. Pastu dia mention video aku menyanyi-nyanyi. Ah, terus rasa panas muka. Segan giler.

Oh, ada juga gambar aku mendukung anak Faizal. Dan gambar itu tidak diambil secara paksaan okeh.. (jeling balas pada Kak Dijah), tapi nanti aku dok bubuh gambar semua budak yang aku dukung dalam blog, nampak cam psycho pulak. So, that’s it.


14 Responses to “Gathering”

  1. alien mulut besar says:

    Hahahahaa -’Pastu dia mention video aku menyanyi-nyanyi. Ah, terus rasa panas muka. Segan giler.’. sorry bro, akak pecah gelak sorang2 nih..kekekeke. Ala Am, no worries, video klip hang suci murni, lagipon suara laki tu bukan aurat kan? *terus membatalkan niat untuk menjadi gadis video klip – walaupun hang tak ajak kan* hahahahaha.
    Sini akak duduk tengah town, so, jalan dalam lebih kurang 10 minit dah sampai kedai halal. Yeah, its a huge thing utk ada kedai yang jual makanan halal.
    Am, akak tercabar dgn this ‘budak kecik’ thingy. Takpe, akak akan lebih gigih bermesra dengan kanak2. Hey, wanita kan dianugerahkan dengan sipat keibuan..err..bukan semua kan?hukkkks

  2. WaReMoN says:

    Oh, agaknya abg aku pun p kedai halal yg sama la kot kt Geelong tu..one stop je ke?

  3. Lutfi Amri says:

    Kak Dijah. Wah kurang 10 minit! Clap clap. Tahniah kerana berjaya buat PhD kat tempat camtu. InsyaAllah kurang cranky disebabkan dekat kedai halal.

    Fariz, abang hang pun dulu kat Geelong ek? Yer la kot.

  4. WaReMoN says:

    Abg aku masih di Geelong daa..masih belajar di situ..

  5. WifeAbg4z says:

    Kami ok jer layan lagu2 ni, ok what suara tu… boleh buat album..hehe

    ok.. nice blog.

  6. khalidah says:

    Fariz, sapa nama abang hang..ntah ntah kenai…

  7. WaReMoN says:

    Oh, abg aku bernama Hazman..dia tgh wat architecture part 2 skg..kt universiti apa ntah, dah lupa..hehe XD

  8. WaReMoN says:

    Oh..Deakin..baru teringat..

  9. Lutfi Amri says:

    Kak Khalidah Deakin la weh.

  10. WaReMoN says:

    Oooo, yaka~~ kenal la kot..kenal ke? Kalau jumpa dia, sampaikan salamku padanya~~ XD

    Hujung tahun ni insyaAllah aku dan parents aku terbang ke Australia utk menyambut convo dia..RM1100 terbang p balik, kata org murah dari biasa..tp duit bulan ni tinggal cukup2 nak makan dan minyak..huhuhu..miskin secara tiba2 ;p

  11. khalidah says:

    Fariz,: yup, aku ada jumpa dia sekali kat rumah Kak Mimi. Hazman aka Man, tu rambut panjang kan….

    Am: sorry, your blog become sesi chat org lain. cheers… :)

  12. WaReMoN says:

    Karang Lutfi marah plak, baik end of story XD

  13. Lutfi Amri says:

    Oit, mana aku kisah:D
    Boleh jer chat chat kat sini.

  14. khalidah says:

    pembetulan…nak dapt daging halal dari waurn ponds ke waribee dalam 45 km jer…

Leave a Reply

See also: