define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Sigh - Pagi Hari di Durham

Sigh

6.13 petang.

Maghrib lagi 15 minit+ camtu. Sudah plan untuk tido sebaik sahaja solat. Tadi terjaga pukul 4 pagi dek kerna angin seperti menghentam bangunan. Henry, flatmate aku cakap yang dia terasa bangunan bergegar. Aku tak terasa pun. Mungkin daya pengamatan aku tidak sebaik itu. Oh ya, aku memang ignorance.

Angin kuat sejak kebelakangan ini. Sempat membeli baju baru minggu lepas walaupun telah over-budget untuk suku pertama tahun ini. Jaket. Cadang hendak pakai tika mentari bersinar terang dan suhu sudah semakin naik. Tapi dek kerna angin yang kuat, terpaksa pakai baju yang tebal. Sigh.

Tekak sedikit sakit. Hari ni sakit tekak jer. Rasanya macam demam semalam. Aku pun confuse sama ada demam ataupun keletihan disebabkan tidak cukup tidur + tidur berlebihan. Biasanya untuk satu hari, tidur tak cukup, menyebabkan hari berikutnya tidur berlebihan. Jadual tidur pelik. Aku peduli apa.

Analoginya beginilah. Kalau orang mahu kuruskan badan, diet, bersenam, tahan lapar. Kalau orang lelaki hendak nampak lebih sasa, pergi ke gym. Kalau orang perempuan hendak nampak lawa, pakai ini dan itu. Kalau aku nak siapkan kerja, apa lah salahnya tidur tak cukup.

Logik yang murahan. Sepatutnya gaya hidup seimbang. Sigh.

Aku bersembang dengan kak aku dan Mahadi tentang isu ini. Tahu tak pensyarah-pensyarah yang seperti dull dan tidak ada skill sosial? Kak aku cakap jangan jadi macam itu. Aku cakap pada Mahadi, ‘I think I’m becoming one of those’. Aku beritahu kak aku, pada saat ini, aku tidak peduli. Biarlah kalau itu terjadi asalkan dapat abiskan pengajian ini dengan jayanya. Sekarang ini sangat malas bersosial. Bukan sahaja di dunia nyata, malah di dunia digital. Mahadi perasan yang aku sudah tidak appear online lagi dalam YM. Tidak appear busy juga. Benar-benar hidup di dalam gua. Nasib baik ada internet. Uh, hidup yang menyedihkan. Sigh.

Oh, sudah 6.30. Sudah masuk Maghrib. Tak sabar hendak tidur. Kalau diteruskan menulis, lagi banyak perkara negatif akan tercatat. Maklumlah, aku bukan sahaja cranky apabila lapar. Juga cranky apabila mengantuk. Doa agar cranky boleh ditolak sekejap untuk melaksanakan kewajipan. Dan biasanya tidak akan cranky di depan supervisor. Orang lain… terpaksa menghormati ke’cranky’an ini. Buruknya perangai. Sigh.


4 Responses to “Sigh”

  1. WaReMoN says:

    Correction: ‘Ignorant’ bukan ‘Ignorance’ :D

  2. awin says:

    menghormati ke’cranky’an.. istilah baru nih. hehe

  3. Emmy Hermina says:

    hidup di perantauan memang mengubah am serba sedikit.

  4. Lutfi Amri says:

    Fariz, yup yup.

    awin, yup yup.

    Emmy, yup yup.

Leave a Reply

See also: