define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Rawak di pagi hari 3 - Pagi Hari di Durham

Rawak di pagi hari 3

Tak Best

Kak Dijah cakap fasal dia tak post beberapa entry yang ditaip kerana rasa tak best (Rujuk Apekah). Dalam 2-3 hari lepas, aku sebenarnya dah taip fasal macammana aku berjaya mendownload rapidshare sekarang ni dan beberapa perkara lain, tapi, in the end tak post sebab tetiba terasa gaya penulisan tidak menarik. Kalau terasa gaya penulisan menarik, meskipun sedikit jiwang (cecece..), post jugak kan…

1 hour

Daylight Saving Time sudah berakhir (ke bermula?). Pukul 1 pagi tadi, orang-orang UK yang masih tidak tido akan menganjakkan jam ke pukul 2 pagi. Kalau laptop, dia tukar automatik. Handphone Nokia aku (ini handphone nombor UK) pun tukar automatik. Handphone Sony Ericsson aku (ini handphone nombor Malaysia untuk orang antar mesej rindu-rindu tapi aku tak balas sebab RM2 sekali balas) tidak berubah pun secara automatik. Jadi sekarang nih, beza UK dan Malaysia dah jadi 7 jam sahaja.

Sempat bersembang dengan Yusran tentang hal ini.

‘Sabtu nih tukar jam kan’, Yusran cakap.

‘Eh, Ahad laa..’, aku mulakan mode defensive.

‘Sabtu malam, betul la kan?’, Yusran terconfused.

‘Ahad pagi.. betul la tuh,’ aku gelak sebab samanya apa yang kitorang cakap tapi dari pandangan yang berbeza.

Yusran tiba-tiba memperingatkan aku waktu DST bermula tahun lepas. Sebab waktu tu kitorang tukar waktu beramai-ramai sebab melepak kat rumah Zeah untuk main board game. Ah, those sweet time:)

Rapidshare

Hasil pertolongan abang aku, sekarang aku sudah dapat mendownload file-file rapidshare. Tapi prosedurnya semacam sukar, aku akan tangled up in lines kalau bercakap tentang hal itu. Secara mudahnya, kitorang setup satu komputer di US sebagai server. Sebenarnya boleh jer kalau setup komputer kat rumah Mahadi pun secara teorinya. Pastu aku remote control komputer tu dari sini untuk download file-file rapidshare, dan kemudian pindah masuk dalam laptop aku melalui FTP.

Cara ni boleh digunapakai sebab Durham Uni block IP rapidshare.com. So, for now, takyah la nak consider pindah keluar. Tapi sebenarnya agak best jugak kalau dapat pindah ke tempat yang dekat sikit dengan department aku. Sekarang nih aku memang naik bas sebab kalau jalan kaki, mau dekat 40 minit kot. Tak pernah try plak. Tapi dek kerna kedinginan UK dan kawasan berbukit, aku tak jadikan itu sebagai option. Bas jer. But anyway, bilik sekarang ni suam. So, aku tidak cranky. That’s good.

Earth Hour?

Actually I’ve been reading about Earth Hour from Naz’s blog. And one of the Malaysian over here send us email through Yahoo Group. I don’t think Britons really heard about the news as there are not reminder whatsoever either from the department newsletter or college newsletter or student union newsletter. So I guess that there’s not much of promotion happening here in UK.

But I guess I answered the call by doing what I so-called promised in Naz’s blog which is sleeping. Yeh, and it’s not just 1 hour baby! It’s like.. 1,2.. er.. more than 7 hours:D

So proud of myself. Yeah, right.


5 Responses to “Rawak di pagi hari 3”

  1. alien mulut besar says:

    Yeah..pelik kan bila kita dah penat2 taip tapi in the end kita rasa mcm tak best je entry…huks

  2. Lutfi Amri says:

    Kak Dijah, quality control kot. Haha.

  3. ayam yg suka menyamar menjadi alien says:

    i am proud of u too, buddy!
    hehe!

  4. WaReMoN says:

    Aku ingatkan org Britain lagi aware ttg Earth Hour tu..pelik plak diorg x participate..aku tutup semua suis kt rumah aku pastu kuar menikmati pemandangan lampu jambatan pulau pinang ditutup..ingatkan tutup mcm Eiffel Tower (tingkat-per-tingkat, utk kes jambatan ni, area-per-area la), rupanya dia just prap tutup sekali gus..sedar2 dah gelap bahagian bawah jmbtn, padahal bhgn atas cerah lagi..takut org accident kot sbb gelap, hehehe XD

  5. Lutfi Amri says:

    Fariz, entahlah. Sekurang-kurangnya peringkat universiti, tak dengar apa pun lah.

    Kalau tengok sini,
    http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/7969523.stm

    London participate sebenarnya. Diorang tutup lampu Big Ben sekali. Tak sure Durham participate ke tak. Aku kan dah tido waktu tuh. Hehe

Leave a Reply

See also: