define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Numb - Pagi Hari di Durham

Numb

‘I’ve become so numb… I can’t feel you there’,

Oh, that’s me singing to my jaw on left sided. Pagi tadi gi Ferryhill untuk aku punya rawatan pergigian. Yang aku agak sentap dengan diri sendiri sebab aku pun tak pasti apa yang dia buat sebenarnya. Aku tanya doktor tuh lepas dah abis prosedur, tapi entah kenapa aku takleh tangkap perkataan dia. Sama ada aku tak dapat tangkap accent pantai timur dia, ataupun otak aku ternumb dengan local anastheatic yang dia beri (Otak ternumb = Lola).

Aku dibaringkan dan tetiba dia terus inject. Bawah dan atas. Aku tutup mata sebab aku tak suka jarum. Pastu rasa kebas. Pastu dia buat apa ntah, siap dengan pusing skru untuk lekatkan benda apa ntah kat gigi aku. Rasanya macam dia buat root canal treatment. Lepas balik dan tido, aku check kat internet, macam ya jer.

Root canal treatment nih nak rawat bahagian urat yang telah dikampungi bakteria. Katanya dalam page ini, disebabkan satu kawasan di akar gigi nih di mana bakteria berkumpul sampai sel darah putih takleh nak lawan, jadi kawasan tu rasa sakit (walaupun gosok gigi yer; tapi bleh salahkan juga makanan tak seimbang kot). So, rawatan akar tuh untuk buang camner ntah; tapi kiranya nak bagi elok balik la.

Kalau kat Malaysia, doktor suruh datang 3 minggu berturutan. Kalau ikut prosedur, boleh buat pada hari yang sama, ataupun datang 2-3 hari pastuh. Aku; Jumaat nih ada lagi satu appointment.

Oh ya, kalau kat Malaysia, rawatan nih lebih kurang 300-400 ringgit. Tapi yang bagusnya buat rawatan akar ialah gigi tuh bleh diselamatkan. Kalau tak, alternatif lain – kena cabut jer.

Anyhow. 8 jam lepas kena local anastheatic, baru aku rasa sikit aku punya rahang.? Taksat makan sup cendawan dari paket yang bebudak Brunei bagi waktu aku cabut gigi bongsu dulu (tak guna lagi, nasib baik ada). Nih dah lapar balik. Roti dengan air teh lah, sambil tengok Biggest Loser.

By the way, I kinda amazed of myself for having a new attitude. I used to be very ‘manja dan mengada-ngada’ when I was sick. Well, what can I do, I am the last child, aite? But since I’m in UK, I can keep the ‘mengada-ngada’ness to the minimum. I’m maturing, ahaks:D (jeling Kak Khalid (konsep jeling ditiru dari Kak Dijah)).


16 Responses to “Numb”

  1. alien mulut besar says:

    Ahah. Bila tgk tajuk je, I dah ternyanyi2 lagu Numb nih…tak sangka mmg ada diembed lagunya *mode teruja dan tersentuh* haha

    Oh, patutla akak mimipi Goku sms pasal karies gigi. Rupanya tu mcm alamat Am nak pi dentist lagi.. =p ..Hope cepat sembuh..

    Errr, about your manja n mengada-ngadaness, sure ke takkan kembali? rasanya bila balik Malaysia keadaan itu akan kembali menyerang.. kan? kan? hehehehehehe *s/u kak khalid tanpa lantikan*

  2. Lutfi Amri says:

    Takpe, kat Malaysia ramai yang nak melayan, so bleh mengada-ngada sikit:D

  3. WaReMoN says:

    Err..aku pun anak bongsu gak..abeh laa..

  4. Lutfi Amri says:

    Ha ah yer Fariz. Aku selalu terlupa yang hang anak bongsu. Maybe sebab hang dapat menyelindungi sifat mengada-ngada tuh kot.

  5. awin says:

    teringat 1: “agaknya am gosok gigi, tapi teknik salah kot..”. sesuke je buat conclusion..hehe. cepat baik ye.. (cepat: gigi baik ke, perangai yg baik?)

    teringat 2: saya blom dengar lagu i’m yours BM…
    :(

  6. Lutfi Amri says:

    Awin,
    1. Haha
    2. Takpe takpe, tak lari mana lagu tuh.

  7. WaReMoN says:

    Mungkin sifat aku yg obvious adalah dgn membuat gaya yg menonjol (mcm gaya Superman Action dalam Shin Chan)

  8. Lutfi Amri says:

    Fariz, shhh…. jangan hebahkan ketidakmatangan kita:D

  9. Pingu Toha says:

    am, ku buat Open Project kt blog ku ntuk lagu Sunday Morning by Maroon 5…hehe!

  10. zeah says:

    Get well soon… hopefully semuanya okay and yeah jangan pandang jarum2 tue… tutup mata serapat2nya…. kalau kau nak lagi mushroom soup tu… rasanya banyak lagi kat rumah bowburn… kau mintak lah kat sapa2 kat dalam rumah tue….

    So get well alright!!!!!….. mesti sihat sesihatnya sebelum berlepas ke dundee… hehehe….. take care now…

  11. Lutfi Amri says:

    Gigi takde problem aper. Rasa numb jer semalam. Tapi dah okey pun.
    Esok lagi satu appoinment:D

  12. zeah says:

    ohh aku nak tinggalkan comment kat Pingu Toha kat open project dia… tapi dapat… aku dah buat translation tue… hehehe… sebab takde kerja tu lah aku menyibok kat open project orang…. tapi dah tak dapat nak tinggal comment.. takpelah… hahaha

  13. Lutfi Amri says:

    Apsal takleh tinggalkan komen??
    Oh, ko kena register googleaccount kot?

  14. alient mulut besar says:

    wah, pingutoha buat open projek jugak!musti menyibuk tengok!hehe
    btw, tetiba akak dapat tau kat radio era depa putarkan lagu Satu Era – Rihanna Umbrella versi Melayu. Sentap hokeh. Nak dengar la jugak..Kot2 la dia cedok idea hang, akak nak buat demonstrasi jalanan..hehehe

  15. Lutfi Amri says:

    wah, ye ke?

    Biar jer akak..

  16. Christinet says:

    hari ni hari susah i, sebab dari 03/2009 rawatan gigi di klinik sampai hari ini banyak gigi kena cabut,tabah,cuci. hari ni tabah satu gigi sangat sakit. sebab doktor terlalu kuat tekan…

Leave a Reply

See also: