define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Catatan Hati - Pagi Hari di Durham

Catatan Hati

[Post ini mengandungi unsur-unsur jiwang yang tidak keterlaluan. Tidak sesuai kepada pembaca-pembaca yang anti-jiwang, juga kepada pembaca yang menganggap aku sebagai 'cool'. Oops, sentap! Haha. Sekali-sekala jiwa kacau, apa salahnya. Tak gitu Kak Dijah:]

I

Kenapa perlu takut untuk bersuara?
Aku malu.
Bukannya kamu perlu berdrama. Hanya sampaikan apa yang terbuku di hati. Biarpun sakit menerima jawapan, tapi kamukan pasti.

II

Mengapa kamu perlu jatuh hati dengan lelaki seperti itu?
Aku tidak bisa melawan kata hati. Bukannya dipaksa. Rasa itu datang sendiri.
Apa yang dia janjikan padamu?
Dia mahu mencuba.
Itu sahaja? Dia kata dia suka padamu?
Tidak. Tetapi kalau tidak cuba, manalah dia tahu.
Aku tidak faham.
Apa yang kamu tidak faham?
Mengapa kamu mahu menyakiti diri sendiri tika kamu tahu yang dia sekadar biasa.
Kerna aku rela sakit dari tidak mengambil peluang.

III

Katanya dia tidak berperasaan terhadapku lagi. Dia jatuh cinta pada orang lain.
Siapa kau di matanya?
Bahan eksperimen.

IV

Kamukan ‘hot stuff’. Diminati begitu ramai.
Tapi hatiku hanya milik si dia.
Si dia yang tidak tahu?
Ya.
Kenapa tidak kau pilih dengan yang pasti.
Kerna biar sakit menunggu dari sakit berpura-pura.

V

Dia katakan tidak kepadamu. Apa yang mahu kau buat?
Tidak berbuat apa-apa. Kami masih sahabat.
Ah tidak. Aku tahu kamu masih berharap suatu hari nanti dia akan berubah hati.
Siapa mampu berkata yang itu tidak mungkin terjadi?
Aku.
Siapa kamu yang begitu pasti.
Aku – yang sudah menyakiti begitu ramai hati.

VI

Salahkah jika aku rindu padanya?
Ya. Kerna kau mahu sesuatu yang lebih.
Aku rindu sebagai seorang sahabat.
Aku ragu-ragu.
Tidak ada apa akan terjadi antara kami. Tapi dia insan istimewa.
Kalau sekadar itu yang kamu fikirkan, aku mengalah. Mungkin kamu betul.
Kalau aku tipu?
Aku harap kau tidak. Kau tidak sedar yang kau juga istimewa untuk dilukakan begitu.

VII

Mengapa hati ini mahukan sesuatu yang tidak bisa dicapai?
Kita terlalu banyak menonton tv.

VIII

Sahabat, berikan aku satu nasihat.
Nasihat apa?
Apa-apa pun.
Hidup saja seperti biasa. Semuanya sudah tertulis.
Tanpa usaha?
Siapa kata kau perlu goyang kaki. Usaha dan doa.
Doa agar dia milikku?
Tidak. Doa agar kau kan punya yang terbaik untukmu.
Biarpun terbaik itu bermaksud aku akan hidup sendiri?
Kau sangat dramatik.
Jawab!
Benar. Jika itu yang terbaik untukmu.
Aku tidak mahu.
Pandang masa hadapan.
Bila aku berusia separuh abad? Hidup sendiri tanpa teman.
Tidak. Pandang masanya bila kau akan hidup selamanya.
Oh.

IX

Kau begitu baik terhadap ku. Kau sajalah jadi temanku.
Tidak, aku bukan yang terbaik untukmu.
Tidak apa. Aku pun tidaklah baik sangat.
Er…

X

Kita masih sahabat kan?
Ya.
Aku tidak takutkan kamu?
Tidak.
Kenapa engkau begitu ‘cool’
Aku sudah pernah menyakiti dan disakiti. Aku perlu belajar memaafkan.
Tipu. Kau manusia tak berperasaan.
Ah, itu benar juga.


17 Responses to “Catatan Hati”

  1. iNa says:

    hahaha..
    ni muvi n buku ape plak kali ni am.
    hrp2 tiada kaitan antara hidup dan yg mati..huhu

  2. kakgee says:

    eh, adik, kak rasa macam ada terkena dengan seseorang.
    kebetulan kot ye.
    tapi ramai yang kes macam ni..

  3. Naz says:

    Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm……..
    Ohh!

  4. Mahadi says:

    Oh, saya ingatkan Am ni seorang yang cool. Rupanya tidak. Ah….

    Hehehhehehehhehe……

  5. Lutfi Amri says:

    iNa, nih dari filem High School Musical. oops, nope.

    Kak, mungkin terkena banyak orang kot. Hehe. No pun intended.

    Naz, panjangnya ‘hmmm’ hang.

    Saudara Mahadi, maafkan saya kerana tidak mencapai tahap jangkaan (expectation). Yeah, right Mahadi. Keji..

  6. aHaDa says:

    such a long note from the heart… once in a while it goods to let it out…

  7. Yla says:

    Am ker yang tulis niey?ingatkan Mahadi…muahahaha!!!Mahadi…jangan marah…:P tapi…dah lama tau am mmg begitu…cuma bijak bersembunyi…muahahahahahaha!!!
    P.S. cumel!!!ngeeeeeeeeee…tapi sgt implicit…tak faham…sgt bagus untuk masuk antologi puisi form 4 form 5…

  8. alien mulut besar says:

    Sentap!
    Tapi menusuk jantung lah =)

  9. tra says:

    tak terjangkau akalku. dah2 jiwang, p wat keje.muahahaha

  10. WaReMoN says:

    Mcm penah tgk je cerita ni….

  11. Pingu Toha says:

    wey, am! ko ni dh masuk line ku dh ni…lbih2 plak jiwang dia ni! HAHAHAAH!

    sentap gak ku baca… bbrp rangkap tu sgt sedap kalu dijadikn ayat dlm novel ku..

    hang ni… menyanyi dah, buat vclip dah, mengacara dah, audition Malaysian Idol dah… ni nk main puisi2 sastera plak. sungguh mengancam kestabilan ku di mesia ni!

  12. Lutfi Amri says:

    aHaDa, yup yup.

    Yla, belajar dari Mahadi lah ni. Kira terinfluenced.

    Kak Dijah, kekeke.

    Abg Tra, wah, tak terjangkau akal lak. Bukan straight to the point je tuh.

    Fariz… hmm.. cerita apa weh?

    Halim, persaingan sihat maa. Weh. Aper la. Ko dah ader nama aper. Ko cuba masuk blog budak nih:-

    http://ban-bread.blogspot.com/2009/03/im-yours-by-jason-mrazmalay-version.html

    Ayat dia pasti membuatkan ko kembang. Ahaks.

  13. zeah says:

    coretan hati mu atau hati ku? Aku macam membaca diari aku pulak. Hahaha. Dah lama aku tak online sebab perkara yg tak dpt diungkapkan. Haha… Wah lutfi, kau sememangnya manusia yg versetile. Hehe. Cool dan jiwang karat. Hahaha.

  14. khalidah says:

    owh.. apakah ini..sgt panjang..sgt tak paham..

  15. awin says:

    suka ni: Pandang masanya bila kau akan hidup selamanya.

  16. WaReMoN says:

    Oh, tak..rasa mcm penah melihat cerita ni somewhere..tp x ingat~

  17. Emmy Hermina says:

    aduh.. i got teary reading the damn poem! hate u am for making me feel this way..

Leave a Reply

See also: