define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Pagi Hari Raya - Pagi Hari di Durham

Pagi Hari Raya

img_3844

Selamat Hari Raya sekali lagi. Make sure korang dah tengok video kat YouTube kat sini. Dalam masa sehari 10 jam, dah ader 200 hits dalam YouTube (walaupun yang banyaknya daripada kitorang yang dalam videoklip tuh jugak), dan dah masuk dalam page ke 3 bila search keyword ‘selamat hari raya’ dalam YouTube. Nak tengok, bleh tak capai 1000 dalam masa seminggu.

[Gambar 1: Solat raya dalam Howlands Farms building]

Sebelum raya

Cam video klip raya profesional, pengambaran memang la dibuat sebelum raya. Tapi dek kerana kitorang tak img_3880buat sebelum posa, so ader la dirakam waktu bulan posa. Maka ari rakam video tuh, pakat-pakat la pakai baju raya awal-awal pergi Ustinov. Macam dah raya awal. Aku gelak jer dalam hati sebab diorang semua setuju buat idea gila pergi buat video waktu sebelum raya camnih.

[Gambar 2: Dalam dewan Bowburn]

In a way, I feel blessed for having lot of friends who agrees to do such ‘different’ things. Dulu waktu kat USM, dapat geng-geng yang sanggup main The Mole. Pastuh kawan-kawan yang sanggup buat impromptu road trip gi KL. Dan macam-macam lagi yang sekepala angin dengan aku. I feel blessed. That’s all.

Waktu Raya

Raya is great. Sekurang-kurangnya tak macam waktu aku kat London. Walaupun aku tidur hanya 7 jam dalam masa 2 hari, tapi still bleh enjoy raya. Gi solat raya kat dewan kat Ustinov College. Pastu join orang-orang Malaysia (plus Bruneian and Indonesian) sambut raya kat Bowburn Community Centre (dewan). Pastu aku gi beraya rumah Ustaz Mazlee. Pastu gi main UNO, Scrabble dan Cluedo kat rumah Bruneian (er.. let’s call it UNO Raya, Scrabble Raya and Cluedo Raya to make it sounds more raya thingy).img_3859

So far so good. Mulut aku dah bleh makan bebenda keras. Tapi seriously, lepas seminggu makan bubur dan sup, sense lidah aku macam bertambah jer. Semua makanan rasa sedap. Raya-raya nih pun, dengan menu yang pelbagai, aku masih lagi enjoy makan setiap juadah yang dihidangkan. Guess that’s what happened after I stop having nice food in a week. My taste sensor in my tounge must be restored then.

[Gambar 3: Lepas solat raya. Bergambar dengan housemates. Blazer yang dipakai ditaja oleh Abg Tra. Pinjam untuk konvo itu hari, Jumaat nih turun Bristol baru nak pulangkan]


5 Responses to “Pagi Hari Raya”

  1. dZuL says:

    Salam… Selamat Hari Raya! MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Semoga gembira menyambut hari raya di sana.

  2. kak dijah says:

    Am, seronok baca cerita hang. Take care yach!

  3. dude, slmt hari raya. juz nk inform yg aku dh tagged ko kat blog aku. haha. maaf zahir batin from NY.

  4. owh, aku just letak link to ur blog on the right side of my blog. tp xpe, aku x mntk duit raye pun for promoting ur blog. LoL.

  5. halym says:

    Selamat hari Raya buat perantau semua..espc buat u AM..

Leave a Reply

See also: