define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Telefon - Pagi Hari di Durham

Telefon

Minit

Sekarang ni aku guna bayaran bulanan untuk telefon bimbit. Sebulan aku dapat 500 minit / sms tambah lagi 300 minit untuk telefon orang-orang yang guna line 3 (three – nama company telefon kat sini). Orang-orang yang aku kenal yang guna 3 hanyalah Mahadi, Kak Nur dan Abang Amir satu department dengan aku.

Hasilnya, bila aku tengah menunggu bas di dalam kedinginan musim aper-aper pun, aku akan telefon Mahadi. Kalau Mahadi sibuk, Kak Nur la yang aku call.

Malas

500 minit atau sms tu agak banyak sebenarnya. Kalau purata, sehari aku boleh bercakap selama 15 minit. Banyak tuh. Aku bukan seperti orang itu yang.. oops, posa posa..

Hasilnya rasa  malas timbul. Yusran, housemate aku kat bawah. Aku dalam bilik. Nak tanya dia sesuatu tetapi terasa malas hendak bangun dari kerusi yang tak empuk pun. So, aku terus call dia.

Kalau ari tu waktu aku kat bawah (aku study bawah sebab mak dan ayah aku duk kat bilik), aku kejutkan Amirul untuk sahur pun pakai call jer. Giler malas

Internet

Salah satu fungsi handphone yang aku suka ialah internet. Aku langgan unlimited access for internet (*sebenarnya masih takleh melebihi 1GB tapi untuk phone, kira cukup la). Jadi senang jugak nak check email, tulis blog atau bila bosan-bosan buat apa-apa yang patut. Youtube pun bleh view jugak. So agak okey sebab kawasan 3G dan 3.5G agak luas di UK.

Kecuali waktu on the way dari universiti ke rumah aku. Ader satu kampung nih High Shincliffe, memang takde 3G. Usah cakap 3G, line telefon pun selalu terputus. Selalunya kalau aku tengah cakap dengan Mahadi, aku akan cakap, ‘Mahadi, aku dah mendekati kawasan takder line nih’. Tup, putus. Tapi sejak kebelakangan nih dah tak putus dah bila melepasi area tu. Dah boh line baru kot.

Tapi internet nih lagi berguna bila sampai tengah London. Sebab ader website Transport For London yang menyediakan kemudahan menyemak waktu bas, tube dan pengangkutan awam lain, sekali mencadangkan laluan, notis pembaikpulihan bagi sesetengah perkhidmatan dan sebagainya. Jadi senang juga ada internet on the go untuk check bebenda alah macam tu.


4 Responses to “Telefon”

  1. mahadi says:

    *”^£%£*….erm… posa posa…

  2. oh ya..aku pun memang was like bewildered mcm mana hang access tenet kat UK. I though u have like tis laptop yg on 24 hours. So that means hang rely on telefon ke? by the way, kat UK kalau yang tenet via laptops or desktop ni kena bayar mcm Malaysia ke or it’s like free?

  3. Lutfi Amri says:

    Kena bayar jugak.
    Kat rumah ader broadband, tapi kat handphone bleh surf internet macam biasa jugak.

  4. Pingu Toha says:

    btuah la kalau kt mesia ada benda camni! tambah2 pablik transpot…macam haram je! apa lg kala nk guna tenet nk cek jadual diorg…

Leave a Reply

See also: