define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Restless 2 - Pagi Hari di Durham

Restless 2

Aku baru sampai dari London. Dalam 40 minit lepas.
Status : Restless

Aku berada dalam kebimbangan, kekesalan, ketidaktahuan yang amat.

Mak dan abah selamat naik tadi kat Heathrow. Status Bahrain Airport mengatakan kapal terbang dari London ke Bahrain dah selamat sampai di sana pada waktu aku sedang menaip ini. Dalam sejam lebih selepas sampai, mak dan abah akan naik Gulf Air ke KL. Dijangka sampai 9.40 pagi waktu Malaysia.

Tapi masalah besarnya ialah orang kat kaunter Gulf Air tak boleh check in kan mak dan abah sampai ke Penang. Aku dah tanya orang kaunter yang duduk sebelah dia, pun bagitau yang sama. Disebabkan lain syarikat penerbangan (KL – Penang naik MAS), diorang takleh check in kan.

Tapi, prosedur check-in kat KLIA mesti sejam sebelum berlepas. Flight KL-Penang pulak 50 minit selepas sampai. Dengan nak pergi amik bagasi lagi, memang tak sempatnya.

Aku bagitau kat abah suruh beli tiket baru. Tapi sekarang aku rasa bersalah sebab tak attack habis-habisan orang kaunter Gulf Air tadi. Sejak bila pulak tak boleh check-in baggage sampai Penang? Apa guna kaunter pertukaran tuh dibuat kalau takleh check in lain syarikat penerbangan? Apsal dulu aku naik Sri Lankans Airlines yang orang lagi tak respek, boleh jer check in sampai Penang walaupun KL-Penang naik MAS??

Aku marah banyak dengan diri sendiri sebab terlupa nak pergi ke kaunter MAS tadi waktu kat Heathrow dan carikan penyelesaian. Aah.

Aku dah call Ticketing Office MAS, diorang dah conformkan takleh buat apa-apa kecuali mak dan abah sendiri ke tiket kaunter bila sampai dan deal on their own.

Aaaah!!

Status: Tertekan.

Aku harap at least diorang masih boleh tukar tiket yang diorang ada dengan sedikit penambahan duit. Kalo beli tiket baru, aku tanya tadi RM295 seorang. Abah cakap dia ada cukup cash, tapi takut pulak aku kalau abah shortage. Apasal la aku tak pergi tekan Pound Sterling dan bagi tadi?

Aaaah!!

Pagi nanti pukul 2.40 pagi (waktu UK), aku akan call mak dan abah once diorang sampai KL. Till then, I pray that a miracle will happen and they will hav a smooth way home.

Aaaah~~


4 Responses to “Restless 2”

  1. [...] Post ini adalah rentetan dari post sebelum bertajuk Restless 2. [...]

  2. Razali says:

    ermmmmm…jgn tensen2….eh…dah tak tensen kan…everything is ok

  3. keterai says:

    Airline yang nampak cikai lagi koman, tak bermakna low quality. Ibarat seluar bundle, murah, tapi puas hati beb. Belilah barangan bundle.

  4. [...] disebabkan masalah-masalah yang timbul – flight delay, takleh check ini, takder wheelchair? [Rujuk Restless 2 dan That's Nice] dan kemudian aku hantar surat pada Gulf Air untuk buat aduan dan diorang minta [...]

Leave a Reply

See also: