define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Kemeja - Pagi Hari di Durham

Kemeja

Yasmin dah balik Malaysia hari ni. Semalam dia tanya aku, ‘kenapa you pakai smart-smart nih?’. Kitorang dekat rumah Yasmin beramai-ramai berbuka puasa (bagi yang berpuasa, oops) untuk mengucapkan selamat tinggal pada Yasmin.

duduktembamAku jawab, ‘kemeja jer yang boleh pakai’, mengingatkan balik pada Yasmin yang aku takleh pakai baju bukan kemeja sebab susah nak sarung kepala. Yasmin teringat sebab dia ari tu menunggu dengan Zeah sampai ke petang di hospital. To Yasmin, thanks a lot for that day, and for all the fun with Wii and UNO. Hopefully you arrive safely to your beloved husband and family:)

Untuk dua tiga hari ni, aku hanya memakai baju kemeja jer. Dan kemudian sarung dengan baju sejuk. So macam mana pipi aku? Tengok gambar sebelah, gambar lepas balik dari solat Jumaat. Cam dah kurang sikit tapi masih ada la tembam sebelah. Macam ubi plak.

Walaubagaimanapun, aku masih takleh kunyah bebenda keras. Semua kena telan macam tu jer. Pagi tadi bangun (dan semalam jugak), darah keluar dari mulut. Probably dari tempat luka kot. Aku pun tak tahu sebabnya. Aku dah gi jumpa doktor dan dapatkan antibiotik, sebab aku baca dalam internet, maybe dah ader infection.
Semalam Putri bagitau yang waktu dia cabut wisdom tooth dia, tak jadi pipi kembang macam aku.

Sekarang darah tak keluar dah kot mulut. Tadi baru lepas melantak yogurt dan 2 slice kek cheese. Tetiba nampak kek cheese kat Tesco Pekan Durham. Apa lagi, makanan yang lembut, boleh la.

Tapi agak bagus jugaklah sebab aku taklah craving nak makan bebenda keras. Semalam diorang makan pizza, aku rasa biasa jer. Taklah terliur sangat. Sebenarnya nak makan pun tak berapa ada mood. Tapi sebab perut lapar jer.


3 Responses to “Kemeja”

  1. kak dijah says:

    ‘Macam ubi plak’ –> comel je sentence nih..kekeke
    ‘for all the fun with Wii and UNO’–> best dak main wii? mcm teringin jer nak main..keke..hang main game apa?

    SEMOGA CEPAT SEMBUH!

  2. awin says:

    Assalamualaikum,am.
    sori lah, lama x bukak blog ni. skali bukak, terkejut tgk am. harap cepat sehat ye..

  3. aku sebenarnya nak komen kat entry kembang pipi tapi kena blocked kat ofis ni! maybe word kembang atau pipi ni ader sex-relate dkot kat affin bank ni hahaha! anyway, OMG! aku nak kena cabut gigi nanti..takut aar jadi hodoh camtu hahaha.. *just joking*

Leave a Reply

See also: