define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Kembang pipi - Pagi Hari di Durham

Kembang pipi

So, how am I doing? Pipi masih lagi bengkak. Kalau tengok kat cermin, nampak la kembang sebelah. Bila aku tutup muka aku sebelah kiri, terus aku teringat sorang kawan aku kat USM dulu. Takde lah kesakitan yang teruk, cuma bila sujud, rasa macam pipi jatuh. Aku baca dalam internet, katanya 2-3 hari juga sementara nak surut. Kalau ada infection bleh lama lagi. Hopefully tak lama sangat.

Nak raya dah ek. Zakat fitrah tak bayar lagi nih. Ader amil ke ek? Tahun 2006, aku datang UK 10 hari selepas puasa, so dah bayar siap-siap kat Malaysia. Tahun lepas aku balik Malaysia waktu minggu kedua puasa, pun sempat bayar kat Malaysia. Tahun ni, agaknya esok waktu khutbah ader kot diorang cakap.

Ada jugak terasa di hati nak turun Bristol atau naik Dundee. Raya dengan Abg Tra atau Mahadi. Tapi banyak sangat benda yang menangguhkan aku study. Nih bengkak pipi lagi. So, probably tak gi mana-mana kot. But we’ll see.

Salah satu benda yang aku suka fasal sambut raya kat UK ialah sambutan dia yang simple. Actually, kemeriahan di Malaysia pun best. Tapi bila dah jadi student research, rasa bagus jugak yang hari rayanya simple. Sekurang-kurangnya taklah teraffect sangat jadual study. Lagipun suasananya tak macam kat Malaysia yang penuh dengan lagu-lagu raya, iklan raya dan sales raya. Jadi taklah terasa ketinggalan sangat. Cukup sambut sehari, dah okey. By that time, kengkawan aku pun dah banyak yang balik Malaysia (Yasmin, Putri, Syaheera Singaporean, Nurul Brunei) tapi Zeah, Zatul, Arni, Kak Nur, Kak Shifa dan my housemates are still here. Rasanya better dari raya aku 2 tahun lepas yang mana aku pergi rumah Tahir di waktu paginya dan kemudian naik London Eye waktu petang. Haha.

gemukTapi sekurang-kurangnya dengan sambutan raya yang sederhana, taklah terasa melampau sangat. Ramadhan tak seberapa, pastu raya nak lebih-lebih. Nih kira okey la kan.

At the mo, aku tak berani makan bebenda keras. Lagipun gigi tak larat mengunyah sebab kalau kunyah sebelah kanan pipi aku terasa. Kalau tak tengok cermin, taklah rasa teruk sangat. But I’ll survive, InsyaAllah:)

[Gambar: aku cuba mirrorkan gambar yang aku amik semalam untuk tengok macammana rupa aku kalau gemuk:D

Damn, I'm so positive about this swollen cheek:>]


3 Responses to “Kembang pipi”

  1. kak dijah says:

    Ko macam tra je aku tgk.hihihih

  2. keterai says:

    menarik.. sudah evolve macam digimon

  3. Pingu Toha says:

    mcm character dlm game The Sims…hehe!

Leave a Reply

See also: