define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Summer Chill - Pagi Hari di Durham

Summer Chill

So called summer. Semalam dan hari ni agak sejuk.

[Soundtrack hari ini - Chris Richardson (Top 6 American Idol sama season dengan Jordin Sparks) - Mayberry]

Weekend lepas aku abiskan dengan bermain Wii. Akhirnya aku dah dapat main Wii kat rumah. Remote takde sebelum nih, so tak dapat tukar channel ke video mode. Koman punya tv. Nama jer Toshiba, tapi nak tukar ke mode video pun nak kena guna remote. Terpaksa aku perabih duit beli remote control yg memang untuk tv nih. Universal remote control? Takleh pakai. Tak support model tv nih.

Tadi (semalam sebenarnya, tapi disebabkan aku tak tido lagi, perlukah guna semalam?), aku jumpa supervisor. Tapi tak sempat nak sarapan. Er.. bukan tak sempat, bangun tadi terasa malas nak makan. So, aku terus … [break call parents]

..

[dah abis call parents]

Alhamdulillah, mak aku dah macam okey. Ayah aku excited jer. Dia memang suka berjalan-berjalan nih. Dia macam tak risau pun fasal tak reti cakap omputih. Agaknya aku turun dia la bab-bab belasah jer jalan-jalan nih.

Mahadi, mak aku dah suruh hang masak apa-apa untuk bawak bekal turun London. Nanti bleh boh dalam peti ais dalam hotel. Oh ya, Mahadi akan ikut aku turun London untuk jemput parents aku.

Oh ya (lagi), aku punya konvo 16hb. One of the reason ma parents comin’. Tapi seriously aku tak excited bab tuh. Parents coming to UK, I gotta be more excited (+nervous) about that. Tapi aku agak melihat ke hadapan (looking forward) untuk berjumpa balik dengan kengkawan Jerman dan Austria aku + Udy dan Seimon. Ooh, suddenly a rush came thru, reminding me of my life back in Brunel. Ooh, tetiba terasa rindu kat rumah lama kat Albert Road, tetiba terasa rindu mengayuh basikal di dalam kedinginan musim sejuk, tetiba terasa sejuk makan kepak ayam 3 ketul 1 pound dengan nasik siap masak, tetiba terasa rindu menyinggah kat Tesco Metro dekat rumah aku dulu, tetiba rasa rindu lepak-lepak kat bilik Chris, balik dari rumah Tahir lewat-lewat malam ~ aku yang nostalgik tetiba di kala 3.38 pagi.

Oh, apa yang aku stop sebelum call parents aku?

Oh, aku jumpa supervisor aku lagi hari ni (selalunya hari Khamis/Jumaat) tapi tak sempat abis bincang ari Jumaat lepas, so..

Hari ni aku duk berdiskusi dari kul 3.10 lebih kurang sampai 5.10 lebih kurang. 2 jam. Aku taklah kisah pun sebab perbincangan dengan dia menjana idea, tapi sebab aku tak sarapan/lunch, maka sedikit kebuluran rasanya.

Terus aku call Kak Nur, menagih simpati untuk makan. Kak Nur okey jer. Maka kenyanglah aku hari ni Kak Nur masak.

[Apsal aku macam merapu sikit hari ni ek?]


One Response to “Summer Chill”

  1. khalidah says:

    er…perhaps, cranky when hungry… ahaks :)

Leave a Reply

See also: