define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); London Outing - Pagi Hari di Durham

London Outing

Pukul 7 lebih, abah dan mak dah bersembang-sembang. Aku terjaga dan abah tanya jam pukul berapa.

‘Awal lagi rupanya’, ayah aku cakap. Rasanya dia dan mak aku terasa dah kul 10 sebab matahari dah terbit pukul 5.

Aku tido balik lepas tengokkan diorang dah ada sarapan. Pastu dalam kul 12, aku dengan Mahadi keluar jalan-jalan dulu. Mak nampak macam letih lagi, jadi aku bagitau yang petang sikit, baru nak bawa diorang keluar.

Lepas aku ngan Mahadi balik dari Madame Tussaud, dah pukul 5 dah, baru mak ayah aku bersiap-siap untuk keluar. Takpe takpe, kalau keluar pukul 6 pun, ada 3 jam lagi matahari nak terbenam.

Kitorang pergi jalan-jalan kat taman sebelah Buckingham Palace. Mak dan abah gelak tengok orang-orang sini pakat berbaring-baring atas rumput. Hari ni cuaca panas sikit.

Lepas kitorang bergambar depan pagar Buckingham Palace, kitorang gi jalan depan House of Parliament, pastu naik feri dari depan London Eye sampai depan Tower Bridge.

Mak kata, kak aku mesti jeles kalo dengar citer. Ni tak boh gambar lagi nih.

Dah naik feri pun kul 8.50 petang, sambil matahari terbenam kul 9.12, kul 10 baru pergi makan kat Brick Lane.

Kul 11, nak dekat kul 12 tengah malam, baru sampai rumah Kak Azu. Wah, boleh laa dah dekat midnight baru balik. Oops, terikut jadual aku. Nak buat macam mana kan…

Nota:- Post kali ini masih menggunakan handphone. So, takde gambar


One Response to “London Outing”

  1. awin says:

    bestnya..mak ayah dia pi sana. have a goood time~!

    tahniah ye, konvo..
    tataula bila saya ni nak konvo plak. huhu..

Leave a Reply

See also: