define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Sejuk - Pagi Hari di Durham

Sejuk

My Pisang post was widely discussed. Although it turn from a post about banana, suddenly everything came in. We ended up talking, ‘we don’t even know those vege that Khalidah said’.

Enough about that.

Sekarang ni sejuk. Aku check dalam BBC weather, katanya 6 darjah celcius waktu malam.

Ader beberapa masalah sikit bila sejuk nih. Buka heater, okey. Tapi badan kemudiannya jadi kering. Buka tingkap sikit, sejuk satu tangan. Aku pun tak tahu nak buat apa. Tangan aku jenis berpeluh. Kata orang, sebab kadar metabolisma tinggi, jadi tangan mudah berpeluh. Tak tahu betul ke tak. Tapinya, bila berpeluh tangan mudah rasa sejuk. Sebab partikel-partikel air pada tangan membeku. So called membekulah.

Semalam Putri, Kak Nur dan Andros makan sekali. Aku masak kari daging. Ke Korma daging. Entah, tulis kat peket korma, tapi tak macam pun. Bolehlah. Rasanya tidaklah tak sedap. Jadi takler malu sangat menjamu Putri, Kak Nur dan Andros. Memen dan Linda (bebudak sebelah bilik dari China) pun aku bagi rasa sekali.

Putri cakap, ‘I don’t mind if it is cold as long as Sun comes out’. Speaking la kitorang sebab Andros ader sekali.

‘No no, for me, I don’t mind about sun. As long as it is not cold, that’s better’, aku berpendapat lain pulak.

Kengkadang, kesejukan nih agak melemahkan semangat. Bila tangan macam nak beku, mulalah rasa nak excuse. Nih, sambil menaip ni pun aku rasa sejuk satu tangan.

Aku teringat plak waktu kat USM dulu. Pernah aku jumpa En Nazru, dan dekan aku, aku salam tangan diorang. Diorang cakap, nih apsal tangan sejuk nih?

‘Entah, memang tangan saya macam ni..’, aku tersenyum. Takkanlah nak citer suma benda yang baru aku taip di atas, ye tak?


One Response to “Sejuk”

  1. Kak Nur says:

    Readers, owhh the curry was delicious, trust me, he’s being humble about it :D

Leave a Reply

See also: