define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); 10 perkara tentang diri saya - Pagi Hari di Durham

10 perkara tentang diri saya

Soundtrack hari ini : Nick Carter – Don’t Walk Away. Lagu lama zaman-zaman matrix dulu.

Post kali ini setelah di’tag’ oleh Abg Tra. Bak kata Abg Tra dalam blog dia, ada sedikit unsur-unsur promosi diri. Tapi setelah apa yang Awin tegur, mungkin perlu sedikit promosi, ye tak Awin? Hehe. Disebabkan tajuk pun menggunakan kata ganti diri ‘saya’, maka penggunaan kata ganti diri tersebut akan diteruskan untuk post kali ini.

  1. Saya tidak berkemampuan untuk ramah dengan semua orang. Kalau saya boleh ikut flow orang itu, maka saya akan bercakap. Kalau tidak, saya akan lebih banyak mendengar, atau pergi basuh pinggan disebabkan saya rasa lebih selesa basuh pinggan daripada mendengar. Saya sangat ‘topic oriented’. Kalau orang bercakap tentang topik saya tidak minat, saya akan mengiyakan sahaja. Topik-topik yang tidak berminat termasuklah bab-bab kereta, sukan dan juga politik. Tetapi kalau saya selesa dengan seseorang tidak kisahlah sama ada sudah lama kenal atau baru kenal, topik-topik itu tidak terbatas. Saya bisa bercakap fasal sukan, kereta mahupun politik.
    >
  2. Saya berubah mengikut orang di sekeliling. Kalau orang di sebelah saya bersifat dominan, saya akan biar dia membuat keputusan. Itu sebab kalau saya pergi jalan-jalan dengan Tahir, saya langsung tidak ambil endah tentang ke mana hendak pergi. Kalau orang di sebelah saya bersifat subservient, saya akan membuat keputusan. Itu sebab Amirul boleh suruh saya buat plan dan survey untuk berjalan-jalan dan Kak Nur boleh ikut belasah cari Tesco kat Gilesgate (yang bebudak Durham pergi naik bas Selasa dan Khamis yang memang ada straight ke Tesco dari kolej, tapi kitorang pergi sendiri).
    >
  3. Saya agak garang dengan anak menakan saya. Saya agak takut dengan budak-budak yang nakal dan buas. Mungkin kerana itu, saya melayan anak menakan saya sedikit strict. Saya biasanya menggunakan kuasa ‘veto’ untuk menyuruh anak-anak menakan berhenti bermain game DS saya kerana saya mahu bermain. Disebabkan biasa berbuat begitu, mereka tidak memberontak sebaliknya akur. Ha ha kejamnya saya.
    Tapi saya tidak kisah untuk melayan kerenah (yang tidak bersifat manja). Tolong buat susu, teman pergi toilet kat shopping complex, tolong buka YouTube, tolong bubuh game permintaan mereka dalam DS, tolong jawabkan soalan-soalan kreatif budak-budak. Tapi tiada pujuk apabila menangis bila tak dapat benda.
    >
  4. Saya sangat lemah mencongak. Walaupun saya pelajar matematik, tetapi saya punya sedikit masalah dalam tambah-tambah, dan darab kali. Biasanya kalau diberi 7+5, otak saya akan mengira – tujuh… lapan, sembilan, sepuluh, sebelas, dua belas, sambil membayangkan ada 6 biji bulat-bulat dalam kepala otak macam kira waktu Darjah 1 dulu.
    >
  5. Saya suka baca novel ketika sekolah rendah. Saya mengumpul buku-buku Enid Blyton kerana saya suka jalan ceritanya. Tetapi sejak sekolah menengah, saya tidak baca novel sangat. Selepas masuk U, novel yang saya baca habis hanyalah Harry Potter buku 1, buku Backpacking yang Abg Tra pinjamkan (hampir habis, tak tau endingnya sebab nak fly buat Master itu hari) dan P.S. I Love You.
    >
  6. Saya suka mencuba sesuatu yang baru yang berbeza dengan imej saya – botakkan kepala sampai licin waktu Tahun 3 di USM, beli seluar jeans koyak-koyak, pakai seluar jeans tampung, pakai contact lense warna kelabu (tapi nampak warna biru) waktu kat USM, pakai contact lense warna hijau gelap waktu kat Brunel, simpan rambut panjang dan buat ponytail ketika di Rome. Tapi pada hari-hari lain, berperawakan sopan, nerd dan biasa adalah keadaan yang paling selesa.
    >
  7. Saya suka mencapap. Saya suka kalau dapat masuk tv, biarpun hanya beberapa saat. Saya sangat seronok kerana famili di rumah nampak saya dalam tv waktu Musabaqah peringkat kebangsaan ketika bebudak KMPP dulu suma kena pergi tengok. Saya setia menunggu di tempat duduk sehinggalah saya kamera akhirnya memfokus pada saya di tempat penonton. Saya suka apabila orang kenal saya melalui blog ataupun sumber-sumber lain.
    >
  8. Bercanggah dengan suka mencapap, saya takut populariti atas nama pelajaran. Saya tidak suka ayah menceritakan fasal saya hendak pergi UK kepada orang-orang kampung. Saya takut apabila orang rasa kagum kerana saya sedang buat PhD. Saya rasa segan bila orang atau Kak Dijah (bleh tak refer straight forward? Keji tahap kedua tertinggi nih) refer saya bagus BI dalam blognya. Alhamdulillah. Cuma saya rasa rendah diri kerna saya tahu kapasiti diri dan kelemahan yang saya ada.
    >
  9. Saya suka ayam bahagian tulang merangkumi thigh, drumstick dan wings. Saya rasa ayam bahagian isi hanya sedap untuk dibuat kebab, daging burger dan juga nugget. Kalau saya pergi beli makanan di Malaysia, saya akan pesan ‘boh part tulang-tulang ek’, kalau kakak kat Kedai Naning Bakti Permai, dia akan buat muka pelik dulu sebelum masukkan part ayam yang saya minta. Kalau akak kat Nasi Goreng Bakti Permai, dia okey. Kalau pakcik Nasi Goreng Bakti Permai, dia akan buat muka sarkastik. Kalau kat KFC, diorang tak buat muka pelik sebab saya tak cakap ‘part tulang-tulang’, konon standardlaa..
    >
  10. Saya tidak punya sistem yang seragam bagi semua benda (tidak berstruktur). Bagi setiap benda saya boleh cakap dan elaborate satu-satu bagaimana perhubungan saya dengan benda itu. Contohnya makan ayam dengan sos cili, biar mahal asalkan sedap (Sos Cili mahal kat UK), tapi makaroni cheese beli yang tesco yang paling murah, dan handphone kena letak poket belah kiri dan tiket bas juga, takde berus gigi kalau pergi travel akan membuatkan saya rasa sangat tidak selesa, tetapi mandi tidak bersabun tidak apa… and the list goes on to show how I’m not a structured person. Hasilnya – bilik saya bersepah macam kapal karam.



7 Responses to “10 perkara tentang diri saya”

  1. tra says:

    well lemah mencongak tu rasa semua budak debat u.s.m tahu. sifir pun boleh silap, padahal score tiap2 sem.ahaks. mencapap? hang memang suka, sapa yg penah msuk malaysian idol selain hang.kakakakaka. nie tak mau p audition british got talent ka? kakakaka

  2. Lutfi Amri says:

    Nanti ar. X Factor.. nak jumpa Simon Cowell

  3. mahadi says:

    haha…

  4. khalidah says:

    sangat berterus terang….kinda wonder ada hidden agenda kah?

  5. awin says:

    *ye tak awin?
    Ye~!

    lambat plak jwb.. =p

  6. siti says:

    haha…tang mencapap tu memang betul pun,hang msj aku semata2 tanya ada beli paper kosmo x sbb muka hang masuk dlm paper…dulu kat sekolah hang ni pemalu…..x sangka suka mencapap lak…..

  7. yla says:

    (“,)

Leave a Reply

See also: