define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Senyum - Pagi Hari di Durham

Senyum

Hari ni sangat lancar.
Bangun pagi sakit tekak sikit. Aku dah mula berbolak balik samaada nak pergi jumpa supervisor untuk perjumpaan mingguan. Atau rehat kat bilik. Tapi disebabkan aku tahu yang aku tak patut layan sangat rasa malas ini, aku pun keluar gak.

I like my supervisor. Kalau dibandingkan dengan supervisor waktu Master dulu, dia sangat friendly dan juga takder high expectation ke atas aku. So, kira okey la. Walaupun dia punya pelat Greek (dia orang Greek) agak kuat, tapi disebabkan dulu waktu kat Brunel, banyak dah bercampur dengan orang-orang Eropah, so takde la janggal sangat.

Abis jumpa dia, aku terus amik bas ke pekan Durham, shopping barang yang patut beli semalam. Pusing bandingkan harga sabun basuh (the winner is Tesco sebab ada Persil), pisang (the winner is Waitrose sebab 81p perkg), bawang (the winner is Waitrose juga sebab bawang kat Tesco dan Iceland sangat besar), Danish bread (juga Waitrose yang paling murah, walaupun lebih mahal dari Tesco kat London). Dah jumpa fixatives (spray yang orang boh kat atas lukisan/karya seni lepas dah abis lukis supaya tak tanggal). Aku beli untuk spray atas DS supaya tandatangan Simple Plan atas DS aku tak tanggal. Jumpa jugak kaler rambut temporary yang bleh buang dengan air. Beli atas dasar curiousity. Conformla aku tak pakai kat sini dengan orang Malaysia yang bukan main ramai lagi. Tak pasal jer kena, ‘wah, datang UK jadi camni laa?’.

Balik-balik Durham, Kak Nur ajak keluar pekan lagi, sekali ngan Amirul. Alaa Kak Nur, baru jer balik dari pekan.

Tapi yang bestnya bila dalam kul 8.30 waktu perut aku dah mula mintak makanan, tetiba Kak Nur cakap yang sorang Malaysian jemput makan kat tempat dia. Ini sudah cukup bagus.

So, nih baru balik dari makan la nih. Tadi jumpa Putri, budak law Master kat sini under UiTM dan jugak Hairi, Malaysian Muslim Chinese. Okey laa. Dah bertambah kenalan Malaysia kat sini. Tapi kenalan UK tak bertambah. Takleh jadi nih.

Makan dengan Malaysian

Anyway, budak debat Durham dah balas email aku. Aku antar tanya fasal debate society. Saja nak join-join. Sekali dia cakap, semua pelajar (baca: bukan undergrad sahaja ek) boleh join, dan kalo bagus boleh masuk pertandingan.

Wah, ini sudah bagus. Walaupun English aku ntah ke mana, sembang fasal DH/AI/TAR/UB aku tau la, tapi kira okey laa. But I don’t wanna expect too much out of it. Lain budaya, mana la tahu, ye tak?

[Gambar: Makan dekat dapur Putri. Putar ikut arah jam dari baju merah: Hairi, Kak Nur, Amirul dan Putri]


7 Responses to “Senyum”

  1. ratu kamben says:

    Wah am..
    “Jumpa jugak kaler rambut temporary yang bleh buang dengan air” – ini sudah cukup cantekk..psst, psst, kaler ape ek? Jangan purple, plis!
    “budak debat Durham dah balas email aku. Aku antar tanya fasal debate society. Saja nak join-join. Sekali dia cakap, semua pelajar (baca: bukan undergrad sahaja ek) boleh join, dan kalo bagus boleh masuk pertandingan” – Very derrrr okayyy..Harus bintang ko lebih begemerlapan dari markonah itew..Psst, pasti pas nih dia pon meroyan nak join team debate kat tempat dia..Dia kan perasan diva! keke..

  2. mahadi says:

    I’m curious. adakah kaler rambut itu PINK…

  3. Lutfi Amri says:

    Bukan Purple, bukan pink laaa.
    But probably next time, who knows. Ahaks

  4. ratu kamben says:

    Sebagaimana hang curious, dan membeli dye itew…sebegitu jugalah kami (read: pembaca setia blog inih) curious nak taw kaler apekah yang menjadi pilihan hati…hakhakhak

  5. Lutfi Amri says:

    Ok la, okla. Kaler blond la akak. Nanti kalo saya pakai, saya post gambar ek

  6. Emmy Hermina Nathasia says:

    doesnt it bother u that ur supervisor doesnt have high expectations from u? i would.

  7. Lutfi Amri says:

    Emmy, not at all. It gives me less pressure!

Leave a Reply

See also: