define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Good morning, sir.. oops - Pagi Hari di Durham

Good morning, sir.. oops

Aku keluar kelas awal sikit hari ni. Supervisor aku dah cakap, kalau tak rasa membantu, boleh pun kalau tak datang. Dia mengajar kuliah pendek untuk 2 minggu ni. Digital Imaging tajuknya. Awal-awal ada part 3D yang sangat membantu aku sebab aku kena deal dengan bebenda nih. Tapi sekarang dah masuk part-part image macam JPEG, camner grayscale works. Walaupun aku masih berminat, tapi otak aku melayang duk memikirkan assignment yang dia bagi.

Dia bagi aku satu tugasan. Esok nak kena bentang kat dia apa yang aku buat. Dah lama tak guna C++, sedikit lembab untuk pickup. Tapi dah okey.

Sebelum aku blah, aku bagitau dia, ‘Sir, I think that I’m gonna skip the next class’ (merujuk kepada kelas dia lepas rehat). Tapi dia terus cakap benda lain. Lebih kurang macam ni dia cakap, ‘Actually you don’t have to call me ‘sir’, call me by my first name’.

Oh, the time has come. Aku ada juga menyelak-nyelak buku How To Get A PhD (Estelle M. Phillips) (thanks to Zakia for photocopying. Eh, saya tak bayar ek harga fotostat? Brapa ar?]. Buku tu sempat gak sebut bawah topik ‘Supervisor’ yang pelajar mengambil masa untuk memanggil penyelia mereka dengan nama pertama (to call their supervisor by his/her first name).

Aku pun menerangkan kat dia yang aku panggil ‘Sir’ disebabkan budaya kat Malaysia macam tu. Lebih kurang la. Dia pun tambah yang kat Greek pun, diorang menggunakan panggilan ‘Dr’, ‘Prof’ etc. Oooh. Dia tambah, tapi sejak dah sampai UK, kena la adaptasi sikit. Dia tak guna la perkataan ‘adaptasi’, lebih kurang camtu la dia cakap.

‘So you can call me just Ioannis’, dia cakap. (pronounced as ya-nis)

‘Okay, I will’, aku cakap sebelum berundur, ‘thank you, sir’. Ooops. I can’t change it easily, can I?

bunga

Bergambar itu hari waktu nak gi Bishop Auckland. Pathway on the way nak gi Durham City dan bilik kuliah dekat bangunan kat Elvet Hill.


5 Responses to “Good morning, sir.. oops”

  1. ratu kamben says:

    Oh well.culture kita kan berbeda.. Tapi memang akak perasan omputih lagi selesa kita panggil nama. Bila panggil Prof depa buat tatau je. Uhuk.
    Tapi orang Mesia nih lain.. Akak penah terjumpa seseorang (doktor hewan) yang dengan gigihnya mengemphasiskan nama dia ada Dr. kat depan. Penegasan yang akak rasa tak perlu, sebab akak berinteraksi dgn dia tak menggunakan nama. Tambah pulak sebaya ngan aku..hangin beb..hangin..Tetiba je rasa annoyed. kehkehkeh

  2. Lutfi Amri says:

    Kak Dijah, pangkat jer sumer tu.. tak perlu pun sebenarnya, ye tak?

  3. ratu kamben says:

    Yessza..betul..Akak percaya, lebih humble seseorang tuh, lebih banyak ilmu dia sebenar!
    Tapi nnti, bila akak pangil hang Dr. Am, itu tandanya akak bangga dengan hang! =)

  4. Lutfi Amri says:

    Thanks akak:)

  5. WaReMoN says:

    Loanniss –> Ya-nis? Cara bunyi Greek ka?

Leave a Reply

See also: