define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Bangun pagi - Pagi Hari di Durham

Bangun pagi

Mula-mula kita nyanyi dulu

Bangun pagi

Gosok gigi

Cuci muka

Terus mandi

Pakai baju

Minum kopi

Pergi sekolah

Senang hati

Ini versi yang aku dengar waktu aku Darjah 6 dulu. Anak-anak sepupu aku Ili dan Ami menyanyi waktu tu.

So, jam sekarang 4.34 petang. Aku baru jer lepas mandi. Mari lihat aplikasi lagu ini dalam hidup aku untuk hari ini!

Bangun pagi
Bangun dalam pukul 11.50 pagi. Secara teknikalnya masih pagi, walaupun dah hampir tengah hari. Masih bangun pagi. [Ting, bunyi loceng kalau buat]

Gosok gigi
Semalam dah gosok gigi sebelum tido. Kumur dah cukup. [Tottt, bunyi buzzer sebab tak buat]

Cuci muka
Cuci muka tu tak merujuk pada penggunaan pencuci muka (facial foam) kan? [Ting]

Terus mandi
Baru jer mandi kejap tadi dalam pukul 4. Pagi tadi malas lak. Sejuk lak rasanya dan nak rush gi school. [Tottt]

Pakai baju
Pakai baju 2 lapis, ditambah dengan sweater kat luar. Sejuk woo.. [Ting ting ting!]

Minum kopi
Takde kopi kat kitchen. Malas bancuh air awal-awal pagi. Air kosong sudah cukup.. [Tottt]

Pergi Sekolah
Ting!

Senang hati
Tak mandi, tak gosok gigi, tak minum kopi, tapi masih senang hati [Ting ting ting ting!]

senanghati

[Gambar orang senang hati. Kat padang depan Auckland Castle]


3 Responses to “Bangun pagi”

  1. khalidah says:

    gosh…. i can accept if u dun drink coffee bcoz u dun prefer it anyway..mandi tak bersabun, still accceptable but tak mandi and tak gosok gigi?…u do need a maid, pay by hourly may be :) RM 3 per hour but do we need maid to bathe and to brush teeth? naah…u need a NANNY hahahahaaaa!

  2. mahadi says:

    pendek kata, u need a bibik.heh…

  3. WaReMoN says:

    Macam haram, hahahaha XD

Leave a Reply

See also: